Cara Daftar PerantiSiswa (Check Kelayakan Bantuan Peranti/Laptop Pelajar B40)

Cara Daftar PerantiSiswa (Check Kelayakan Bantuan Peranti/Laptop Pelajar B40)

check PerantiSiswa

APA ITU PERMOHONAN PERANTISISWA

Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

 

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA

Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 15 April 2022 mulai jam 8 pagi.

SYARAT KELAYAKAN PERANTI SISWA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  1. Mahasiswa warganegara Malaysia
  2. Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  3. Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
    1. Universiti Awam (UA)
    2. Politeknik
    3. Kolej Komuniti
    4. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  4. Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTI SISWA

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

CARA PERMOHONAN PERANTISISWA

  • Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.
  • Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf

NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

CARA SEMAKAN STATUS PERANTISISWA

Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya. Anda boleh check PerantiSiswa pada tarikh yang akan dimaklumkan

TARIKH PENERIMAAN INISIATIF PERANTI SISWA

Peranti Siswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Peranti siswa, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php

Artikel lain : Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Leave a Comment