CONTOH NOTIS PANGGILAN MESYUARAT(Meeting Notice)

CONTOH NOTIS PANGGILAN MESYUARAT(Meeting Notice)

CONTOH NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

Kepada anda yang dilantik sebagai setiausaha dan dikehendaki untuk mengeluarkan notis panggilan mesyuarat, semestinya anda ingin mengetahui panduan. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh notis panggilan mesyuarat, semoga membantyu.

 

APA ITU MESYUARAT

Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan berkenaan seperti mana diperuntukan dalam tataurusan persatuannya yang berkenaan. Pada lazimnya, kebanyakan pertubuhan akan menentukan kehadiran dua pertiga daripada ahlinya sebagai kuorum untuk mengesahkan mesyuarat. Mesyuarat yang gagal mencapai kehadiran ahlinya sebagaimana ditentukan oleh tataurusan persatuan, dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang mewakili pertubuhan berkenaan.

 

FORMAT NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

Berikut adalah merupakan fotmat asas yang perlu ada pada notis panggilan mesyuarat iaitu:

  1. Tajuk (SEMUA HURUF BESAR)
  2. Tarikh
  3. Waktu
  4. Tempat
  5. Agenda
    • Agenda 1: kata-kata aluan presiden
    • Agenda 2: pembentangan aktiviti sepanjang tahun
    • Agenda 3: pembentangan akaun
    • Agenda 4: pemansuhan ahli jawatankuasa lama
    • Agenda 5: pelantikan pengerusi sementara
    • Agenda 6: cadangan ahli majlis tertinggi
    • Agenda 7: pengesahan jawatan presiden
    • Agenda 8: cadangan ahli jawatankuasa/ biro-biro serta undian
    • Agenda 9: memperkenalkan ahli jawatankuasa baharu
    • Agenda 10: kata-kata aluan daripada presiden baharu
    • Agenda 11: hal-hal berbangkit
    • Agenda 12: penutup.

 

CONTOH NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

Berikut adalah merupakan contoh yang anda boleh copy, paste dan edit seperti di bawah:

                                                                                                   Ruj.Kami :

Tarikh     :

(Kepada)

 

Tuan/Puan

 

TAJUK MESYUARAT (SEMUA HURUF BESAR)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa (Nama Mesyuarat) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh          :

Masa           :

Tempat       :

Pengerusi   :  (jika berkaitan)

Agenda       :

 

3.      Kehadiran adalah WAJIB . Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului  dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(NAMA)

Jawatan

 

s.k  (jika berkaitan)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment