PROGRAM RPEL (Permohonan Latihan Peningkatan Kerjaya Vateran ATM)

PROGRAM RPEL (Permohonan Latihan Peningkatan Kerjaya Vateran ATM)

PROGRAM RPEL

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah menawarkan latihan kepada Veteran Angkatan Tentera bagi meningkatkan kerjaya menerusi Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL).

Latihan ini membantu meningkatkan kelayakan ke tahap DIPLOMA bagi :-

  1. Mendapatkan kerjaya kedua
  2. Meningkat pendapatan
  3. Menyambung Pengajian
  4. Meningaktkan taraf jawatan dalam kerjaya

 

Apa Itu Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL)

RPEL ialah program penilaian kepada anggota & veteran ATM dengan mengiktiraf pengetahuan, pengalaman & keterampilan semasa perkhidmatan.

Program ini diwujudkan di bawah Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM yang menawarkan Veteran ATM yang berkelayakan dengan pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

 

Kursus Yang Ditawarkan RPEL

Tajaan program RPEL melibatkan bidang kemahiran berikut iaitu:

  • Pengurusan Operasi Sekuriti
  • Pengurusan Pentadbiran
  • Pengurusan Operasi Logistik

 

 

Kelebihan Menyertai Program RPEL

Berikut adalah kelebihan program ini :

  • Menawarkan pensijilan DKM yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
  • Calon berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bertaraf IPT.
  • Peningkatan kerjaya, kebolehpasaran dan pendapatan.

program rpel

Syarat Kelayakan Menyertai RPEL

Sebelum menyertai program ini, individu tersebut hendaklah:

  • Pemohon mestilah veteran ATM.
  • Memiliki pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon.
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun.
  • Pemohon mahir menggunakan komputer.

 

Cara Memohon Program RPEL

Untuk memohon program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://rb.gy/elknzq.
  2. Baca maklumat program dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next pada setiap paparan.
  4. Pada paparan yang terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran.

 

Info Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Latihan Komersial dan Pentaulihan Pencapaian Terdahulu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di talian 03 – 6156 9412 samb. 1120/1116/1112/1114.

 

 

Soal Jawab

Siapa pelaksana Program RPEL?

Program ini dibawah tajaan PSMB adalah satu program jalinan kerjasama pihak awam dan swasta diantara FeMAC, PSMB dan JPK secara berkesan, cekap dan bersama, dalam melahirkan perkerja mahir serta mengarusperdanakan latihan kemahiran yang dapat memenuhi keperluan industri dan individu secara berkesan.

FeMAC merupakan satu-satunya badan yang diiktiraf dan mewakili Pusat Bertauliah Swasta bagi menjalankan aktiviti PB-PPT Khas yang merangkumi semua bidang kemahiran NOSS. FeMAC juga merupakan badan tunggal yang mewakili Pusat Bertauliah Swasta dalam semua agenda membabitkan Dasar Kemahiran Kerajaan. Setakat ini, terdapat 285 buah Pusat Bertauliah Swasta yang berdaftar sebagai ahli FeMAC diseluruh Malaysia merangkumi kesemua 29 sektor NOSS.

 

Mengapa anda perlukan RPEL?

Program RPEL dibawah tajaan PSMB adalah bertujuan membangunkan minimum 35% tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan nilai dan sikap positif, bagi membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa sejajar hasrat kerajaan bagi mencapai negara maju menjelang 2020.

Selain itu juga, dengan memiliki DKM ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap individu.

 

Artikel Lain : Pengambilan Perajurit Muda TLDM

1 thought on “PROGRAM RPEL (Permohonan Latihan Peningkatan Kerjaya Vateran ATM)”

Leave a Comment