CONTOH RPH ABAD 21 (Cara Buat Rancangan Pengajaran Harian)

CONTOH RPH ABAD 21 (Cara Buat Rancangan Pengajaran Harian)

contoh rph abad 21

Para pendidik semestinya mengetahui kepentingan menyediakan RPH.  Kali ini saya kongsikan contoh RPH. RPH ini merujuk kepda rancangan pengajaran harian yang kita sediakan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Dalam usaha menjadikan diri seorang guru yang efektif dan proaktif, guru perlulah menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan teliti. Perancangan ini mesti dibuat, meskipun kita sebagai seorang guru berpengalaman, guru cemerlang ataupun guru pakar.

Seorang guru yang sentiasa bersedia dengan kaedah dan isi pembelajaran ini akan meningkatkan keyakinan murid, seterusnya memotikasikan mereka. Kecuaian untuk menyediakan rancangan pengajaran harian ini merupakan perbuatan yang melanggar Akta Pendidikan negara, kerana RPH ialah dokumen rasmi.

RPH  ini disusun mengikut kesesuai untuk kegunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebaiknya guru-guru merangka sendiri rancangan pengajaran mengikut keperluan murid masing-masing.

 

DEFINISI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. (SPI Bil.3/1999)

Satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru professional yang perlu disediaakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa 30 minit yang mengandungi maklumat pengajaran,langkah pengajaran,masa, aktiviti dan catatan.

 

PENGENALAN CONTOH RPH ABAD 21

RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.

Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Rancangan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

 

KEPENTINGAN CONTOH RPH ABAD 21

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah

  • Menentukan objektif pengajaran tercapai.
  • Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
  • Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
  • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
  • Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
  • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
  • Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn dan bersistem

ISI KANDUNGAN CONTOH RPH ABAD 21

  • Mata Pelajaran
  • Tarikh/Hari
  • Bidang Pembelajaran
  • Objektif/Kriteria Kejayaan
  • Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • ABM/BBM
  • Elemen Merentas Kurikulum
  • Tahap Pemikiran
  • Peta Pemikiran i-Think
  • Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Tahap Penguasaan
  • Penilaian
  • Refleksi

Berikut adalah Contoh RPH abad 21

CONTOH RPH

ARTIKEL LAIN

CARA MENULIS AKTIVITI DALAM RPH (PAK21)

 

 

1 thought on “CONTOH RPH ABAD 21 (Cara Buat Rancangan Pengajaran Harian)”

Leave a Comment