CONTOH SOALAN & JAWAPAN MEDSI (Semakan Tips Temuduga)

CONTOH SOALAN & JAWAPAN MEDSI (Semakan Tips Temuduga)

Contoh Soalan & Jawapan MEDSI

Adakah anda calon yang bakal menduduki Ujian MEdSI? Di sini kami akan kongsikan Panduan Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI buat calon lepasan STPM/setaraf yang bakal menduduki Ujian MEdSI sebagai rujukan anda, semoga membantu

 

Apa Itu MEDSI?

Sedia maklum, Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah ujian saringan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam.

MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. MEdsi telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdsi yang terdiri daripada sekumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI Serta Panduan Ujian MEdSI Terkini

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI termasuk panduan dan teknik menjawab;

Format Ujian MEdSI

Berikut adalah merupakan antara format pelaksanaan ujian ini iaitu:

  • Terdiri 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam
  • Mempunyai 4 bahagian
    • Bahagian 1 : Personaliti 110 item
    • Bahagian 2 : Minat kerjaya 60 item
    • Bahagian 3 : Nilai intergriti 70 item
    • Bahagian 4 : Kecerdasan emosi 60 item
  • MEdsi adalah berbentuk aneka pilihan. Jawapan yang perlu diberikan adalah seperti:
    • Bahagian soalan Personaliti:
      • Ya atau Tidak
    • Bahgian Soalam Minat Kerjaya:
      • Suka atau Tidak Suka
    • Bahagian Soalan Nilai Integriti
      • I = Sangat tidak setuju
      • II = Tidak setuju
      • III = Setuju
      • IV = Sangat setuju
    • Bahagian Kecerdasan emosi

 

Panduan Menduduki Ujian MEdSI

  1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my
  2. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my
  3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  5. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 jam.
  8. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
  9. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
  10. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
  11. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

 

Koleksi Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI

Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI Bahagian Personaliti

Berikut Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI untuk bahagian personaliti bahagian ini mengandungi 110 soalan:

  1. Sumbangan saya tidak patut dilupakan
    • Ya
    • Tidak
  2. Nasib saya ditakdir malang, apa yang saya buat tentu ada kesilapan
    • Ya
    • Tidak
  3. Saya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya
    • Ya
    • Tidak
  4. Saya berpendapat kurang sesuai menentukan matlamat hidup sebelum kerja
    • Ya
    • Tidak
  5. Saya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang
    • Ya
    • Tidak

 

Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI  Bahagian Kerjaya

Berikut Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI untuk bahagian kerjaya bahagian ini menganduni 60 soalan:

  1. Menyumbangkan idea dalam perbincangan
    • Suka
    • Tidak Suka
  2. Tidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya
    • Suka
    • Tidak Suka
  3. Bekerja secara sendirian
    • Suka
    • Tidak Suka
  4. Kerja ada sesuatu sistem yang teratur
    • Suka
    • Tidak Suka
  5. Belajar dengan orang yang berilmu pengetahuan
    • Suka
    • Tidak Suka

 

Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI Bahagian Nilai Integriti

Berikut Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI untuk bahagian intergriti bahagian ini menganduni 70 soalan:

  1. Berani mencuba sahaja jika tida risiko
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  2. Jika berusaha, tanpa erja yang tidak dapat diselesaikan
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  3. Dosa merebut keuntungan bukan halal boleh ditebus melalui pemberian derma
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  4. Jika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  5. Saya benci orang yang ditimpa kemalangan meminta derma
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  6. Jasa baik orang haruslah sentiasa diingati
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat s
  7. Selama saya telah bersungguh-sungguh berusaha, gagal atau berjaya adalah kurang penting lagi
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju

 

Bahagian kecerdasan Emosi

Berikut Contoh Soalan & Jawapan Ujian MEDSI untuk bahagian emosi bahagian ini menganduni 60 soalan:

  1. Saya selalu awas ucapan saya
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  2. Saya sering berasa sunyi senyap
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  3. Apa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam cuka
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  4. Emosi orang lebih tepat dibaca daripada bahasa bukan lisan
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju
  5. Kecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik
    • I = Sangat tidak setuju
    • II = Tidak setuju
    • III = Setuju
    • IV Sangat setuju

 

Soalan Lazim (FAQ) Ujian Medsi

1.Siapakah yang layak memohon ujian MEDSI?

  • Calon lepasan STPM/setaraf yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan berminat untuk mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di IPTA.  Calon-calon yang memenuhi syarat umum dan syarat khas, akan dipilih oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI.

2.Bagaimanakah cara untuk memohon menduduki ujian MEDSI?

  • Pihak KPTM akan menyiarkan iklan berkenaan tawaran permohonan untuk program pendidikan di IPTA (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Calon yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka secara atas talian (on-line) di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

3.Bagaimanakah cara untuk menyemak status menduduki ujian MEDSI?

  • Calon yang memohon, perlu menyemak status menduduki ujian MEdSI di portal MPM. Calon perlu mengambil perhatian tarikh semakan status menduduki ujian MEdSI semasa iklan tawaran permohonan dan makluman oleh pihak JPT, KPTM di media massa. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MEdSI, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88706755/6766 atau laman web  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

4.Bagaimanakah cara untuk menyemak status calon untuk sesi temuduga (berjaya melepasi ujian bertulis MEDSI)

  • Semakan panggilan temu duga disiarkan di laman  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).
  • Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan temuduga, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88706755/6766 atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan Contoh Soalan & Jawapan MEDSI hubungi:

  • Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : 03-6126 1600
  • Fax : 03-6136 1488
  • e-mel : [email protected]

Artikel Lain

Leave a Comment