PERMOHONAN SUBSIDI YURAN TASKA PENJAWAT AWAM RM180 (Bajet 2023)

PERMOHONAN SUBSIDI YURAN TASKA PENJAWAT AWAM RM180 (Bajet 2023)

SUBSIDI YURAN TASKA

Berita baik kepada penjawat awam, menerusi belanjawan 2023 yang telah diumumkan kerajaan akan menyediakan subsidi yurann bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam kepada yang berkelayakan. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SUBSIDI YURAN TASKA

Pemberian subsidi yurann ini adalah bertujuan untuk meringinkan sedikit beban yang ditanggung oleh setiap penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.

 

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI YURAN TASKA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pemberian subsidi iaitu:

  1. Merupakan penjawat awam yang bergaji RM7,000 ke bawah.
  2. Anak yang berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska.
  3. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

 

KADAR SUBSIDI YURAN TASKA

  • Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.
  • Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.
  • Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

 

CARA BAYARAN SUBSIDI YURAN TASKA

Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai berkhidmat.

 

CARA PERMOHONAN SUBSIDI YURAN TASKA

Kepada anda yang ingin membuat permohonan subsidi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Permohonan boleh dibuat menerusi Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  2. Isikan dengan lengakap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
  3. Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan

 

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda sediakan dokomun sokong seperti berikut untuk diserahkan bersama borang permohonan iaitu:

  • Salinan penyata gaji
  • Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak
  • Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/ anak pelihara;
  • Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;

NOTA: Salinan penyata gaji suami/ isteri. Bagi suami/ isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Subsidi Yurann Taska, anda boleh merujuk pada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment