MyPORTFOLIO HRMIS (Cara Isi Data & Tutorial Video)

MyPORTFOLIO HRMIS (Cara Isi Data & Tutorial Video)

MyPORTFOLIO HRMIS

Kepada anda yang ingin mengetahui tentang myPortfolio,  di sini kami akan kongsikan maklumat lanjut dan juga cara untuk mengemaskini data bserta tutorial video. Semoga membantu.

 

APA ITU MyPORTFOLIO HRMIS

MyPortfolio adalah dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan.

MyPortfolio merupakan penambahbaikan yang telah dibuat ke atas Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja serta penggunaan Borang Tindakan Kerja.

 

KONSEP MyPORTFOLIO HRMIS

Konsep MyPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

 

KELEBIHAN MyPORTFOLIO HRMIS

Berikut adalah merupakan kelebihan wujudnya myPorfolio iaitu:

  • Merekod prosedur & peraturan kerja
  • Membolehkan ketua organisasi mengetahui keseluruhan aktiviti dan prosedur kerja
  • Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain
  • Mengurangkan arahan secara lisan
  • Menyeragamkan kaedah kerja
  • Memudahkan pertukaran pegawai bagi proses ambil alih tugas
  • Memudahkan penambahbaikan / kajian mengenai proses kerja sedia ada
  • Menjadi radas dalam pengurusan sumber manusia

 

CIRI-CIRI MyPORTFOLIO HRMIS

Berikut adalah merupakan ciri-ciri MyPorfolio iaitu:

  • myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  • Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  • myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  • myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan. Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas

 

KOMPENEN MyPORTFOLIO HRMIS

Berikut adalah merupakan kompenen yang terkandung dalam myPorfolio iaitu:

  1. Carta Organisasi
  2. Carta Fungsi
  3. Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi
  4. Desripsi Tugas
  5. Proses Kerja
  6. Carta Alir
  7. Senarai Semak
  8. Senarai Undang-undang, Peraturan & Punca Kuasa
  9. Senarai Borang
  10. Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai

 

CARA MENGISI DATA MyPORTFOLIO HRMIS

Berikut adalah merupakan cara untuk anda mengisi data dalam myPorfolio iaitu:

  1. Layari website HRMIS 2.0: https://hrmis2.eghrmis.gov.my
  2. Log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
  3. Pada pada utama, lihat pada bahgian DATA PERJAWATAN dan klik pada myPortfolio
  4. Seterusnya Pilih Fungsi dan Pilih Pemilik Kompetensi kemduian klik pada TAMBAH
  5. Terdapat dua bahagian yang tertera iaitu
    • Maklumat Umum
    • Maklumat Khusu
  6. Pada maklumat umum mengandungi maklumat
    • Maklumat Bahagian (sudah tersedia)
    • Maklumat Pegawai (sudah tersedia)
    • Maklumat Pengesah/Pelulus (sudah tersedia) Jika belum ada maklumat Pengesah/Pelulus, anda boleh klik pada carian dan masukkan no kad pengenalan Pengesah dan Pelulus
    • Jadual Pengemaskinian
    • Maklumat JD atau Deskripsi Tugas (Sudah Tersedia)
  7. Pada bahagian maklumat khusus yang perlu anda mengisi data iaitu:
    • Carta Organisasi: Pilih Dokumen dan Muat Naik Dokumen
    • Carta Fungsi: Tambah, Pilih dan Simpan
    • Senarai Undang-undang: Tambah, pilih dan simpan
    • Aktiviti Bagi Fungsi: Tambah, Isi dan Simpan (copy & paste Aktiviti bagi Fungsi masing2 pada soft copy)
    • Senarai Borang: Tambah, Pilih dan Simpan
    • Senarai Jawatankuasa: Tambah, Pilih dan Simpan
    • Perakuan
      • Jika status/Tarikh kemaskini sudah bertarikh
      • Tick Saya Mengesahkan Bahawa Maklumat di Atas Adalah Benar
      • Akhir sekali Tekan butang HANTAR
  8. Setelah klik pada hantar, maklumkan kepada pengesahan untuk disahkan kemudian dimajukan kepada pelulus untuk diluluskan. Selesai

 

TUTORIAL VIDEO MyPORTFOLIO HRMIS

Berikut adalah merupakan pautan video yang boleh anda rujuk untuk pengisian data myPortfolio iaitu:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai myPortfolio Hrmis, anda boleh merujuk pada Pasukan myPortfolio MAMPU seperti berikut:

Maklumat Lanjut:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment