PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM 2023/2024
Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. Kepada para pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2023/2024, permohonan telah dibuka. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU MATRIKULASI KPM
Program Matrikulasi telah diwujudkan pada tahun 1998 yang merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
KELEBIHAN PROGRAM MATRIKULASI KPM
Antara kelebihan dan keistimewaan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:
- Satu tahun pengajian
- Kurikulum digubal oleh universiti awam
- Lulusan matrikulasi berpeluang memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam
- Diiktiraf univerisiti luar negara
- Pembiayaan oleh kerajaan bagi mereka yang layak
- Yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan
- Kemudahan penginapan percuma
- Pelbagai aktiviti pelajar
- Laluan pantas ke universiti awam
JURUSAN YANG DITAWARKAN MATRIKULASI
Berikit adalah merupakan jurusan yang ditawarkan iatu:
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
SYARAT KELAYAKAN MATRIKULASI
Jadual dibawah menunjukkan syarat kelayakn bagi setiap jurusan:
TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2023 / 2024
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian mualai sekarang sehingga 16 April 2023.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN / RAYUAN MATRIKULASI KPM 2023 / 2024
- Kemaskini Permohonan / baharu – Akan dikemaskini
- Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima – Akan dikemaskini
- Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej – Akan dikemaskini
- Keputusan – Akan dikemaskini
- Semakan tawaran fasa 2 – Akan dikemaskini
CARA PERMOHONAN MATRIKULASI KPM
Anda boleh memohon terus ke Program Matrikulasi KPM . ikuti langkah dibawah untuk buat permohonan
- Anda harus ke portal http://matrikulasi.moe.gov.my.
- Jika belum mendaftar, daftar kali pertama
- Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
- Pada paparan akhir, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
- Masukkan angka giliran SPM
- Tekan butang cari
- Masukkan maklumat yang tertera
- Pilih jurusan yang dikehendaki
- Tekan butang hantar
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM
- Sila layari laman web rasmi http://matrikulasi.moe.gov.myuntuk membuat semakan keputusan
- Masukkan no kad pengenalan
- Masukkan kata laluan
- Tekan semak
SEMAKAN KEPUTUSAN STATUS PERMOHONAN TUKAR PROGRAM/JURUSAN/KOLEJ
Pelajar boleh membuat semakan melalui https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_semaktukar.cfm
SENARAI LOKASI MATRIKULASI DI MALAYSIA
Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi. Berikut adalah senarai matrikulasi yang terdapat di seluruh Malaysia:
INSTITUSI / ALAMAT | TELEFON / FAKS | E-MEL / LAMAN WEB | ALIRAN/JURUSAN |
Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my | Perakauanan Professional, Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my | Perakaunan, Sains |
MAKLUMAT LANJUT PROGRAM MATRIKULASI KPM
Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan status program matrikulasi 2023, sila rujuk pautan berikut https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/index.cfm
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau
Telegram Channel: Jom Masuk Matriks
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN MATRIKULASI 2023/2024(Check Keputusan Permohonan Rayuan)