CONTOH SOALAN UKSBP 2024(Format Terkini & Contoh Jawapan)

CONTOH SOALAN UKSBP 2024(Format Terkini & Contoh Jawapan)

CONTOH SOALAN UKSBP

Kepada para pelajar dan ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2024, seharusnya akan melalui Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Disni kami akan kongsikan kepada anda Contoh Soalan & Jawapan Pksk 2023, semoga membantu.

 

APA ITU UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) diperkenalkan bermula ambilan tahun 2019 di mana murid yang berjaya dalam UKSBP ini akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Untuk makluman anda pada tahun 2020, UKSBP telah ditukar nama menjadi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

 

SEKOLAH BERASRAMA PENUH TERLIBAT PENILAIAN UKSBP

Berikut adalah merupakan sekolah-sekolah khusus yang terlibat penilaian ini iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)

 

TEMPOH DAN FORMAT UKSBP

Berikut adalah merupakan teempoh Dan format Ujian UKSBP akan dijalankan dengan ketetapan berikut:

  • Tempoh masa : 90 minit
  • Format ujian : 50 Soalan Objektif (meliputi 5 domain)
    • Kecerdasan Emosi (EQ) : 10 Soalan
    • Kecerdasan Intelek (IQ) : 10 Soalan
    • Kecerdasan Rohani (SQ) : 10 Soalan
    • Kecerdasan Insaniah (SSQ) : 10 Soalan
    • Pengetahuan Am : 10 Soalan

 

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN UKSBP

Berikut adalah merupakan antara contoh soalan pada tahun-tahun terdahulu beserta jawatan iaitu:

  • Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak
  • Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan
  • Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
  • Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz
  • Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
  • Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
  • Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg
  • Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
  • Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
  • Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad
  • Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
  • Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
  • Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
  • Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka
  • Wau dari negeri mana? – Kelantan
  • Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
  • Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun
  • Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman
  • Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos
  • Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.
  • Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
  • Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku
  • Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej
  • Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
  • Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur
  • Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal
  • Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
  • Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
  • Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
  • Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs
  • Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin
  • Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan
  • Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin

 

CONTOH SOALAN PENYELESAIAN MASALAH UKSBP

Soalan Penyelesaian Masalah PKSK diramalkan mengikut silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Murid disarankan untuk membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persediaan untuk menduduki UKSBP.

 

CONTOH SOALAN ARTIKULASI PENULISAN PKSK UKSBP

Soalan Artikulasi Penulisan UKSBP  adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini.

Antara topik ramalan Artkulasi Penulisan PKSK ialah:

  • Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
  • Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut
  • Punca & Cara Atasi Isu Buli,Ponteng Sekolah
  • Amalan Sopan Santun,Hargai Keluarga
  • Masalah & Cabaran PdPR

 

TIPS MENJAWAP UKSBP

  • SQ, EQ dan SSQ : Pilih jawapan yang PALING POSITIF berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan bagi mendapatkan markah paling tinggi.
  • IQ dan Pengetahuan Am : Berikan jawapan yang BETUL bagi mendapatkan markah
  • Soalan pengetahuan am boleh rujuk buku teks Sejarah tahun 6 dan berita tentang isu semasa.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai contoh soalan UKSBP, anda boleh emlayari portal rasmi KPM menerusi pautan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment