Permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS 2023
Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada 2023, anda kini boleh memohon Program Bantuan Masuk Sekolah bagi yang layak.
Proses pengambilan program tersebut akan kami kongsikan untuk memudahkan urusan anda semua.
Apa Itu TAWAS
Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1.
TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.
Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun
Tarikh Permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah
Sesi serahan bagi Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli 2016 akan dilaksanakan di pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS dan akan bermula mengikut ketetapan dibawah:
Tarikh: 14 November 2022 hingga 2 Mac 2023.
Hari : Isnin hingga Khamis (Bagi serahan hari Ahad, sila rujuk jadual posting admin)
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.
Info Penting
Sila kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas maklumat bagi sesi agihan yang akan datang.
Pemakluman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan diberi secara perperingkat kepada ibubapa/penjaga ahli bermula November 2022.
Sila pastikan ibubapa/penjaga telah memuat turun Aplikasi YAWAS di peranti pintar atau mendaftar di pautan https://rms.yawas.my/Member bagi memudahkan sesi pengambilan bantuan masuk sekolah anak anda.
Jadual Serahan Bantuan
Maklumat Lanjut
PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS) :
Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DITALIAN: TELEFON :
03-5481 8800 FAKSIMILI : 03-5524 2068
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Sekian
Artikel Lain : Bantuan Awal Persekolahan BAP RM150