PPSR 2024(Semakan Keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Tahun 6)

PPSR(Semakan Keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Tahun 6)

PPSR

 

Sistem peperiksaan sekolah rendah tertumpu kepada UPSR yang menjadi penanda aras kepada tahap kecemerlangan murid sekolah rendah. Kini Pelaporan Pentaksiran Sekolah rendah telah diperkenalkan.Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah? Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baharu yang akan digunakan mulai tahun 2018.

Apa Itu Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah PPSR

PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) menggantikan istilah pentaksiran tahun 6 yang sedia ada – Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR).

Mulai tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran yang lain.

Sehubungan dengan itu, murid akan menerima laopran pencapaian mereka dalam pelaoran yang merangkumi 4 komponen pentaksiran seperti yang telah dinyatakan pada akhir persekolahan mereka pada tahun 6 – bukan hanya keputusan UPSR sahaja.

Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu alternatif baharu dalam mentaksir dan menyediakan pelaporan pencapaian murid pada peringkat pendidikan rendah SECARA HOLISTIK dan bukan daripada gred A semata-mata, tetapi mengambil kira 3 komponen pentaksiran PPSR yang lain.

 

Perbandingan UPSR dengan PPSR

 UPSR

  • Pendidikan beroriantasikan peperiksaan
  • Lebih berfokus kepada akademik

PPSR

  • Pendidikan secara menyeluruh
  • Gabungan 4 elemen utama

 

Elemen Utama dalam PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Terdapat beberapa elemen utama yang terdapat dalam PPSR, berikut adalah eelemen tersebut.

  1. Pentaksiran bilik darjah (PBD)
  2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)
  3. pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

 

Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang.

PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Tarikh Keputusan PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Info Terbaru Akan Dikemaskini.

Setelah betungkus lumus menjalani pendidiakn sekolah rendah selama 6 tahun, pastinya keputusan PPSR dapat memberikan seribu makna kepada anda. Berikut kami kongsikan tarikh keputusan.

  • Keputusan PPSR : Dijangka pada November 2022
  • Lokasi Keputusan : Di Sekolah masing-masing

Apa jua keputusan yang dapat menjadi titik tolak kepada pelajar untuk terus lebih berusaha dan tidak berputus asa untuk Berjaya. https://www.moe.gov.my

 

 Artikel Lain

TEKS PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6

2 thoughts on “PPSR 2024(Semakan Keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Tahun 6)”

Leave a Comment