CONTOH TEMPLATE  SIJIL PENGHARGAAN(Download Muat Turun Edit Print Jer)

CONTOH TEMPLATE  SIJIL PENGHARGAAN(Download Muat Turun Edit Print Jer)

 

template sijil penghargaan

Sepanjang pembelajaran dan pengajaran secara di atas talian dijalankan, murid-murid seringkali didedahkan dengan membuat latihan menggunakan Google Form dan sebagainya. Murid-murid kini lebih mahir dan mampu menguasai cara menjawab Latihan tersebut.

Pemberian sijil penghargaan digital mampu memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang mengikuti sesi pembelajaran. Guru-guru boleh memberikan sijil online sebagai penghargaan kepada murid yang berjaya menjawab soalan Latihan mahupun kuiz.

Dengan ada contoh template sijil penghargaan ia membuatkan seseorang itu lebih bersemangat untuk menyertai program atau pertandingan dianjurkan. Sijil pertandingan, sijil penyertaan dan sijil penghargaan ini penting bagi pelajar bagi membukti seseorang pelajar itu banyak menyertai program yang dianjurkan oleh sekolah atau pihak luar

 

Apa Itu Sijil Penghargaan

Sijil Penghargaan ialah sekeping kenyataan rasmi yang menunjukkan penglibatan atau kejayaan seseorang dalam sesuatu aktiviti yang mereka sertai atau lakukan. Sijil ini merupakan sesuatu yang penting juga untuk individu mahupun institusi kerana ia amat diperlukan untuk melihat semula apa yang telah mereka sertai sebagai bukti lisan.

 

Cara Ubah Logo Sijil Penghargaan

Ubah logo mengikut kehendak anda sama ada hendak letak logo sekolah atau sebaliknya (pergi logo right klik – change picture)

Cari gambar yang dikehendaki.

Ubah Nama Sijil Penghargaan mengikut kehendak anda.

Size Sijil ini ialah A4

 

Download Template Sijil Penghargaan

Anda boleh download sijil tersebut disini :

https://drive.google.com/drive/folders/1OOE9XwLIG1l5ypcTKSMZTUCiHSWP9sAI?usp=sharing

 

Jenis-Jenis Sijil Penghargaan

Untuk pengetahuan anda, sijil penghargaan juga mempunyai banyak jenis mengikut aktiviti yang disertai antaranya ialah :

  • Aktiviti sukan kampung dan sebagainya
  • Aktiviti gotong royong
  • Peraduan Mewarna
  • Pertandingan Gasing

Note: *Pastikan anda yang nak keluarkan sijil adalah penganjur yang sah.

Melalui perkongsian bahan ini serta cara-cara berkenaan sijil ini ia dapat memudahkan anda atau sesiapa sahaja yang perlu terlibat dalam penyediaan sijil serta dengan mengenakan ayat-ayat yang sesuai untuk menghasilkan sesuai sijil penghargaan dan memberi rujukan tentang design atau rekabentuk sijil.

Semoga dengan perkongsian contoh template sijil penghargaan ini dapat membantu para guru dan anda yang memerlukan supaya dapat menyediakan sijil yang diperlukan dengan mudah dan pantas! jangan lupa share! Semoga bermanfaat.

 

Artikel Lain : Cara Tukar PDF kepada Microsoft Word

3 thoughts on “CONTOH TEMPLATE  SIJIL PENGHARGAAN(Download Muat Turun Edit Print Jer)”

Leave a Comment