CARA PILIH KAMERA KESELAMATAN(CCTV )TERBAIK (Senarai Jenama Harga Murah Kualiti HD Wifi )

CARA PILIH KAMERA KESELAMATAN(CCTV )TERBAIK (Senarai Jenama Harga Murah Kualiti HD Wifi )

kamera keselamatan cctv

kejadian pecah rumah, kecurian, dan kerosakan harta benda yang berlaku, terutamanya di rumah dan kediaman jenis landed di Malaysia.Tiada siapa ingin kediaman mereka menjadi sasaran penjenayah.

Maka tidak hairanlah ramai pemilik rumah melabur didalam sistem keselamatan seperti kamera CCTV tanpa wayar dan sistem penggera rumah dengan harapan kamera CCTV di luar dan dalam rumah dapat mencegah si pencuri daripada memecah masuk. Kamera CCTV juga digunakan untuk merakam bukti video berkenaan kecurian untuk tuntutan insurans kemudian.

Jadi, adakah anda sedang mencari kedai yang menjual kamera keselamatan (CCTV)? Tidak perlu bersusah payah lagi kerana senarai produk dari penjual atas talian di bawah boleh dijadikan panduan asas untuk memudahkan anda membuat keputusan.

Cara Pilih KameraKeselamatan (CCTV) Terbaik

Inovasi dan kemajuan teknologi yang berlaku membolehkan anda mendapatkan sistem kawalan keselamatan yang canggih dengan harga mampu milik sahaja. Berikut adalah tip memilih kamera keselamatan terbaik:

 

  1. Bajet dan Kualiti

 

Sekarang ni anda boleh dapatkan CCTV dengan harga mampu milik. Namun kena ingat, CCTV yang terlalu murah dan tanpa jenama boleh menyebabkan anda terpaksa keluarkan lebih banyak belanja nanti.

Jadi, anda perlu survey dahulu untuk mengetahui ciri dan juga harga sesuai dengan bajet yang ada.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya anda tidak ditipu penjual. Anda juga perlu fikir sama ada untuk membeli CCTV pasang sendiri ataupun memerlukan khidmat dari profesional.

Sudah tentu perbelanjaannya akan berbeza. Jadi, tetapkan bajet anda sebaiknya mengikut kemampuan sendiri

 

  1. Luar Rumah atau Dalam Rumah

Anda perlu tahu rekaan CCTV untuk penggunaan di luar atau dalam rumah berbeza. Rekaannya dipengaruhi beberapa faktor sekeliling seperti bahang panas matahari, hujan, suhu persekitaran dan juga habuk.

Kebanyakkan CCTV indoor mempunyai kos lebih rendah kerana tiada fungsi yang melindunginya dari hujan dan panas seperti CCTV outdoor. Jadi tetapkan pilihan anda bagi memudahkan anda untuk memilih jenis CCTV yang sesuai.

  1. Night Vision

Fungsi night vision ni sangat penting jika anda mahu pengawasan dan pemantauan 24 jam siang dan malam.

Mahal atau murah CCTV itu kadang kala ditentukan dari tahap keberkesanan fungsi night vision yang pelbagai. Ini kerana CCTV yang murah tidak mampu merakam imej dengan jelas pada waktu malam.

Manakala pengimejan yang berkualiti dan mempunyai pengesan yang bagus bagi sebuah CCTV dapat menghasilkan rakaman keselamatan yang baik.

  1. Kualiti Gambar Dan Video

CCTV yang beresolusi tinggi mampu merakam sitausi dengan lebih terperinci dan memberikan anda kualiti gambar yang bagus, misalnya untuk pengawasan rumah.

Tapi ada juga situasi yang tak memerlukan anda CCTV dengan kualiti rakaman yang bagus pun. Sebagai contoh, anda hanya mahu rakam pergerakan dalam rumah, anda CCTV murah beresolusi rendah sudah memadai.

Manakala jika anda pentingkan pengawasan di lokasi yang menempatkan barang berharga ataupun halaman rumah, anda perlu bersedia untuk melabur lebih demi mendapatkan fungsi resolusi yang tinggi.

 

Kamera Keselamatan(CCTV) Terbaik 

  1. Xiaomi PTZ

 

Kamera keselamatan dari jenama Xiaomi antara yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna terutamanya dari model pertama mereka ini Xiaomi PTZ. Terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan seperti video kualiti HD yang mampu merakam sehingga 1080P dan ianya juga boleh berputar 360° tau. Ada juga night vision, siri audio dua-hala dan sebagainya. https://www.mi.com/my/camera-360/

 

  • Kualiti : Full HD 1080p
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 110 darjah
  • Sambungan : Wifi
  • Waranti : 6 bulan
  • Harga RM125

 

  1. YI Home Camera

 

Dengan harga kurang RM100, anda boleh dapatkan sebuah CCTV rumah dengan kualiti video HD (1080P) beserta ciri-ciri terbaik lain lagi. Antara termurah dalam senarai ini

 

  • Pengesanan pergerakan (AI-Powered)
  • Pengesanan manusia
  • Pengesanan bunyi pelik
  • Rakaman disimpan secara online
  • Percakapan 2-hala (suara)
  • Fungsi pengawasan bayi
  • Warranty 1 tahun

 

  1. TP-Link Tapo C210

 

Tp-Link juga ada mengeluarkan kamera keselamatan untuk kegunaan rumah antaranya adalah model Tapi C210. Apa yang menariknya adalah ianya didatangkan dengan kualiti video 2K. Boleh mengesan pergerakan, ada night vision dan kesemuanya boleh dikawal menggunakan aplikasi sahaja (Tapo)

 

  • Kualiti : 2K
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 110 darjah
  • Sambungan : Wifi
  • Waranti : 2 tahun
  • Harga RM135

 

  1. SriHome SH-25 Wifi CCTV

 

CCTV rumah dengan kualiti HD yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar dimana-mana sahaja. Dengan tanda harga kurang RM100, anda boleh dapatkan beberapa fungsi menarik seperti :

 

  • Kualiti gambar dan video dengan resolusi HD (1080P)
  • Fungsi Pan, Tilt dan Zoom yang boleh dikawal menggunakan smartphone sahaja
  • Mudah digunakan. (plug & play)
  • Menyokong sambungan Wifi dan tanpa internet
  • Penggera pengesanan pergerakan dan rakaman (motion detection)
  • Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)
  • Mempunyai ciri mendengar suara daripada CCTV
  • Menyokong ONVIF Protocol
  • Fungsi auto malam dan siang
  • 3 bulan warranty diberikan

 

  1. Realme Smart Cam 360

 

Dengan bentuknya yang kecil, ianya sesuai diletakkan di dalam rumah. Kualiti video yang ditawarkan cukup baik iaitu Full HD dan juga mempunyai sensor pengesanan pergerakan.

  • Kualiti : Full HD 1080p
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sambungan : Wifi
  • Harga RM199

 

 

Artikel Lain : Mesin Dryer Terbaik

 

 

 

 

 

1 thought on “CARA PILIH KAMERA KESELAMATAN(CCTV )TERBAIK (Senarai Jenama Harga Murah Kualiti HD Wifi )”

Leave a Comment