Permohonan Cuti Kuarantin HFMD ( Berapa Hari & Cara Apply)

Permohonan Cuti Kuarantin HFMD ( Berapa Hari & Cara Apply)

cuti kuarantin hfmd

Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak kembali menular dalam julat angka begitu tinggi dalam tempoh beberapa minggu berbanding tahun lalu.

Berdasarkan Pekeliling terkini, ibu bapa yang menjadi kakitangan penjawat awam boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).

Pada tahun ini sehingga penghujung April lalu, sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara, berbanding 1,752 pada tempoh sama, tahun lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan hampir 13 kali ganda.

 

Apa Itu Cuti Kuaratin HFMD

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) termasuk dalam salah satu penyakit berjangkit yang tersenarai dan layak mendapat cuti kuarantin.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT YANG LAYAK MENDAPAT CUTI KUARANTIN ADALAH

  1. HFMD
  2. Demam denggi
  3. Campak (Measles)
  4. Chicken Pox
  5. Difteria
  6. Malaria
  7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan

*Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, tambahan “lain lain penyakit berjangkit” memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.

 

Syarat Kelayakan Cuti Kuarantin HFMD

Nama Kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada “Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan.

Diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit dan perlu kuarantin

Tempoh Cuti Kuarantin HFMD

Kadar tempoh cuti / bilangan hari cuti terhad maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).

 

Prosedur Permohonan Cuti Kuarantin HFMD

  1. Dapatkan perakuan dari pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
  2. Lengkapkan Borang Permohonan Cuti Kuarantin
  3. Hantar Kepada Ketua Jabatan

cuti kuarantin hfmd

Kaedah Cuti Kuaratin HFMD

 ibu bapa yang anak mereka disahkan diagnosis HFMD perlu mengamalkan kuarantin, iaitu tidak membawa anak mereka keluar dari rumah untuk berjalan-jalan ke tempat awam seperti pusat beli-belah, balik kampung, beraya dan tempat rekreasi.

Hakikatnya, kuarantin HFMD juga sama seperti COVID-19, iaitu keluar dari tempat kuarantin adalah tidak dibenarkan.

Ibu bapa atau penjaga diberi cuti kuarantin perlu memanfaatkannya untuk memberikan tumpuan penuh terhadap rawatan anak dijangkiti HFMD. Cuti kuarantin bermaksud tinggal di rumah seperti diarahkan hingga anak pulih sepenuhnya dan bebas daripada tanda serta gejala HFMD.

Melanggar arahan kuarantin bermakna sengaja menyebarkan jangkitan HFMD kepada masyarakat. Laporan tidak rasmi di lapangan menunjukkan ada individu memanfaatkan cuti kuarantin untuk terus ‘memeriahkan’ sambutan hari raya.

Ketiadaan sistem pemantauan dalam MySejahtera untuk mengawasi pergerakan mereka yang dijangkiti turut membolehkan jangkitan terus berlaku meskipun cuti kuarantin diberikan.

Oleh itu, individu diberi cuti kuarantin perlu mengambil sikap bertanggungjawab demi mengelakkan penularan terus berlaku termasuk di tempat kerja. Kita sangat mengharapkan sifat amanah dan tanggungjawab dalam kalangan ibu bapa serta semua terbabit dalam membantu mengekang tularan.

Maklumat Lanjut

Untuk rujukan, boleh muat turun dokumen seperti senarai di bawah pada pautan https://www.jpa.gov.my/…/2458-penambahbaikan-kemudahan…

Artikel Lain : Cara Mengelakkan Risiko HFMD

Leave a Comment