PERMOHONAN KERJA PROGRAM GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI
Berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat tahun pengajian, peluang mereka memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kelulusan kelihatan semakin sukar, melainkan jika berpeluang menyertai perkhidmatan awam.
Situasi itu menyebabkan peningkatan jumlah graduan dan siswazah menganggur, selain ramai terpaksa menceburi pekerjaan bukan bidang pengajian, selain dibayar gaji atau imbuhan tidak setimpal kelulusan dimiliki.
Kami akan berkongsi kepada anda semua tentang program graduan lepasan universiti yang mampu memberikan sinar baru kepada anda semua.
SHELL GRADUATE PROGRAMME 2022
- Jawatan: General Business and Marketing
- Jenis pekerjaan: Full-time
- Industri: Oil and gas
anda boleh mohon disini : https://www.shell.com/careers/about-careers-at-shell/shell-graduate-programme.html
SIEMENS ENERGY GRADUATE PROGRAM
- Jawatan: Sales & Engineering
- Jenis pekerjaan: Full-time
- Industri: Energy
Artikel Lain : Elaun mencari pekerjaan RM300
DHL GRADUATE TRAINEE
- Jawatan: Project Management
- Jenis pekerjaan: Full-time
- Industri: Product & Service
LYNAS ENGINEERING GRADUATE PROGRAMME
- Jawatan: Engineering
- Jenis Pekerjaan: Full-time
- Industri: Mining and concentration plant
INFINEON DIPLOMA GRADUATE TRAINEE PROGRAM
- Jawatan: Graduate trainee
- Jenis Pekerjaan: Full-time
- Industri: Semiconductor
HUAWEI FRESH GRADUATE PROGRAMME
- Jawatan: Graduate trainee
- Jenis Pekerjaan: Full-time
- Industri: Technology (ICT) infrastructure and smart devices
MCMC GRADUATE PROGRAME
- Jawatan: Graduate trainee
- Jenis Pekerjaan: Full-time
- Industri: Communication and multimedia
SCHMEIDER GRADUATE PROGRAM ASSOCIATE
- Jawatan: Research, Analyst, and Information Technology
- Jenis Pekerjaan: Full-time
- Industri: Technologies, real-time automation, software and services
Tips Mudah Lulus Temuduga Kerja
Sebelum Temuduga PROGRAM GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI
- Kaji latar belakang dan perniagaan syarikat yang anda sedang mohon. Lakukan kajian berkaitan fakta dan angka tentang syarikat, fahami misi dan visi syarikat dan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Meletakan sebahagian diri anda ke dalam syarikat tersebut akan membuatkan panel temuduga rasa anda sudah memahami mereka. Peluang peratusan kejayaan anda akan menjadi lebih besar.
- Cuba buat jangkaan soalan yang bakal ditanya. Jenis soalan apa yang biasa ditanya semasa temuduga boleh didapati di internet. Selain itu cuba sediakan beberapa soalan yang mungkin anda ingin tanya kepada panel temuduga kemudian.
- Siapkan penampilan anda supaya kemas, kelihatan profesional, bersih dan menarik. Cara berpakaian adalah perkara pertama yang paling mudah untuk dinilai. Pastikan rambut disikat rapi, pakaian tidak kedut, kasut bersih, tidak memakai terlalu banyak aksesori perhiasan, tidak memakai bau haruman terlalu kuat.
Semasa Temuduga PROGRAM GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI
- Tepati masa! Pastikan anda sampai awal sebelum sesi temuduga anda bermula. Kelebihan samapi awal anda tidak akan rasa panik dan mungkin menganggu fokus anda kemudian. Jika anda samapi lamabt, ia bakal memberikan anggapan negatif panel interview kepada kredibiliti anda.
- Bertindak sebagai seorang yang ramah dan profesional. Berkenalan dengan siapa sahaja yang anda jumpa sepanjang proses temuduga. Ia akan memberikan anda imej positif dan anda dianggap sedia berkerjasama dalam perkerjaan.
- Jawab soalan dengan yakin, tersusun dan jalinkan ‘eye-contact’ dengan panel temuduga.
Selepas Temuduga PROGRAM GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI
- Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga. Nyatakan penghargaan anda atas peluang berharga yang mereka berikan kepada anda.
- Bertenang dan bersabar menanti keputusan temuduga.
Cuba lakukan dan semoga berjaya!
Semoga perkongsian program graduan lepasan universiti ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.