D2B JPA(Permohonan Program Diploma To Bachelor)

D2B JPA (Permohonan Program Diploma To Bachelor)

D2B JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (termasuk Government Linked Universities (GLU)) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan ini.D2B JPA

Pelaksanaan program ini adalah sebagai usaha JPA dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Diploma dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada.

Di samping itu, program penajaan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga B40 mengenai peluang-peluang pengajian tinggi dengan berfokuskan kesinambungan bidang pengajian pelajar di peringkat Diploma.

Apa Itu Program Diploma To Bachelor D2B JPA

Objektif pelaksanaan program D2B ini adalah sebagai usaha Jabatan dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Diploma dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada. Selain itu, program penajaan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga B40 mengenai peluang-peluang pengajian tinggi dengan berfokuskan kesinambungan bidang pengajian pelajar di peringkat Diploma.

Tarikh Permohonan Program Diploma To Bachelor D2B JPA

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILa selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Tarikh Semakan Permohonan Program Diploma To Bachelor D2B JPA

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Cara Permohonan Program Diploma To Bachelor D2B JPA

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang layak untuk memohon D2B adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Ikhtisas (seperti Kewangan, Sains Aktuari, Ekonomi) selaras dengan pengajian yang diikuti pelajar di peringkat Diploma, dengan syarat bidang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tersebut mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau diiktiraf oleh Badan Profesional

Syarat Umum

Syarat umum bagi penawaran program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Pertama.
  6. Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peringkat Diploma minimum 3.50.
  7. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma.
  8. Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.

Syarat Khusus

Syarat khusus untuk penajaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja.
  2. Tempoh penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun.
  3. Keutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama.

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Mekanisme perjanjian bagi penajaan ini adalah seperti:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Info Lanjut

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

ARTIKEL LAIN: Permohonan Program Penajaan Pelajar Cemerlang JPA

Leave a Comment