Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

KWAPM

Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan Pendidikan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan. Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah bantuan secara ‘one off’ yang diberi kepada murid-murid yang layak pada setiap tahun.

 

Apa Itu Bantuan KWAPM

Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.

 

Kadar Nilai Bantuan KWAPM

 Berikut adalah nilai bantuan yang diterima oleh murid:

Jenis Data/Status KemiskinanBantuan Am Persekolahan (BAP)
i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)RM100 setahun – Sekolah Rendah
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)RM150 setahun – Sekolah Menengah
iii. Data Murid Orang Asli sama ada berstatus Miskin dan Miskin Tegar

Nota :

* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.

Syarat Kelayakan Bantuan KWAPM

Pelajar yang berkelayakan mendapat bantuan perlu memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut

  • Pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah Kerajaan dan memperoleh Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1)
  • Pelajar mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan mendapat pengesahan status sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti jadual di bawah.
  • Pelajar yang TIDAK menerima sebarang bantuan berbentuk kewangan sebagai persediaan ke sekolah daripada mana-mana pihak.

Artikel Lain: Semakan Masuk Duit KWAMP

Cara Membuat Permohonan KWAPM

Untuk memohon, anda boleh mengisi borang berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Persekolahan PB-1
  • Borang Pengesahan Pendapatan PB-2
  • Permohonan Biasiswa Persekutuan Kecil PB-3

Kepada waris-waris pelajar, borang ini boleh diisi dengan lengkap dan semua dokumen salinan perlu dicop dan kemudian diserahkan kepada pihak sekolah.

NOTA: Borang di atas ini untuk pihak sekolah pilih yang mana layak untuk terima Bantuan Awal Persekolahan, KWAPM atau biasiswa.

KWAMP KWAPM

Semua murid Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

 

Sistem eDamak akan diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) manakala Sistem eKASIH pula akan diselia oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, maka mereka boleh membuat permohonan melalui laman web eKasih.

Bagi murid Orang Asli Penan yang berdaftar, pihak sekolah perlu mengemukakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1) dan pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6).

Borang Permohonan KWAPM juga boleh dilakukan oleh Guru kelas mengemaskini maklumat di dalam Modul Pengurusan Murid – Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Semak senarai murid di dalam menu Permohonan Sekolah dan bentang senarai nama murid tersebut di dalam mesyuarat JK Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) JBPS akan memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan KWAPM di dalam Mesyuarat JBPS berdasarkan SPK Bil. 2/2017.

Maklumat lanjut berkenaan boleh klik pautan ini 

Semoga perkongsian berkenaan bantuan KWAPM ini memberikan manfaat kepada anda semua.

1 thought on “Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)”

Leave a Comment