DUIT BANTUAN NADMA RM100 SEHARI:BILA MASUK AKAUN BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)

DUIT BANTUAN NADMA RM100 SEHARI:BILA MASUK AKAUN BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)

DUIT BANTUAN NADMA

Duit Bantuan Nadma merupakan inisiatif bantuan daripada Kerajaan Malaysia Dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu rakyat yang terkesan daripada pandemic ini. Dalam pada masa yang sama jugak, kerajaan juga baru mengumumkan mengenai bantuan i-Citra bagi mereka yang mempunyai akaun KWSP.

DUIT BANTUAN NADMA

Baca Juga: RETURN REFUND BARANG SHOPEE MENGGUNAKAN POSLAJU/J&T(CARA BUAT PEMULANGAN BARANG ROSAK/LAMBAT SAMPAI)

Kadar Duit Bantuan Nadma

RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Baca Juga: DISKAUN BIL ELEKTRIK PEMULIH:SEMAKAN KADAR KELAYAKAN & CARA PENGIRAAN

Siapa Yang Layak Bantuan Nadma RM100?

Syarat-syarat kelayakan untuk bantuan Duit Bantuan Nadma ini adalah seperti berikut :

1.Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima arahan kuarantin dari kkm (annex14) bagi sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

2.Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Baca Juga: RAYUAN TINGKATAN 6:BORANG RAYUAN KEMASUKAN FORM 6 2021

Cara Permohonan Bantuan Nadma

  1. Jika anda menepati syarat kelayakan, sila muat turun dokumen Duit Bantuan Nadma seperti berikut :
  1. Permohonan yang lengkap perlu hantar melalui pos ke :

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

 

  1. Antara dokumen yang diperlukan adalah :
  • Borang-borang lampiran A & B, Borang C (jika perlu)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Dokumen asal KKM (Discharge note/ sijil cuti sakit etc..)
  • Salinan penyata bank

Anda juga perlu tahu: CARA PILIH COURIER SHOPEE:TUTORIAL SHIPPING OPTION

Cara Semak Status Kelayakan Permohonan Nadma

Sila semak kelayakan permohonan Duit Bantuan Nadma anda di sini :

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Duit Bantuan Nadma

Baca Juga: SEMAKAN KEPUTUSAN IPG 2021 ONLINE:CHECK TAWARAN CALON BERJAYA(PISMP)

Kaedah Pembayaran Duit Bantuan Nadma

Jika anda lulus permohonan bantuan Nadma ini, bayaran akan dibaut secara EFT (Electronic Fund Transfer)  dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Baca Juga: CARA LAJUKAN INTERNET TELEFON(CELCOM/MAXIS/DIGI/UMOBILE/YOODO/TUNE TALK/YES)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Duit Bantuan Nadma ini anda boleh layari: http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19 atau hubungi

Tel: 03-88704800 alamat:

 

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Bantuan khas covid-19 Nadma ini memudahkan anda. InsyaAllah.

 

15 thoughts on “DUIT BANTUAN NADMA RM100 SEHARI:BILA MASUK AKAUN BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)”

  1. Saya punya permohonan lulus 14/10/2021 tapi sampai sekarang duit belum d kreditkan..cek status nadma ckp akan d kreditkan melalui fund transfer pada 30 hari masa berkerja..bole tahu memang proses pembayaran sangat lama kah..

    Balas
  2. Sama la, lulus dah sebulan lebih tapi duit tak masuk-masuk, tulis situ 30 hari bekerja ni dah dekat 60 hari dh. Nadma ni ada duit x sebenarnya? Kalau setahun tulis je setahun senang orang pun x tertunggu tunggu

    Balas
  3. Saya punya status permohonan sudah di terima dan sedang di proses hantar borang bulan 9 tahun 2021 sekarang mau masuk bulan 2 ..jangan lah di tambah kesengsaraan rakyat ,menunggu begitu lama adalah 1 penyeksaan kepada kami rakyat biasa ….kalau boleh permudahkanlah Bayaran tersebut ….moga ada reziki berlipat kali ganda untuk Nadma bila permudahkan bayaran …terima kasih .

    Balas
  4. Dah 6-7 bulan sy mohon tp bila cek status dri mula sampai skrg asyik tulis permohonan diterima dan proses…yg sbnrnya kerajaan nak BG ka dak…klu xmaw BG bgtaw Awai2..kami ni TGH susah…bukan mcm anda semua yg diatas kaya raya ..

    Balas
  5. Saya anak ada 7 org,sarat mengandung anak ke 8,status tidak layak,tak tahu lah kenapa tidak layak waktu kuarantin 10 hari memang langsung tak ada pendapatan,kenapa Nagma tolak permohonan saya.Sedih dengan ramai tanggungan lagi..

    Balas
  6. Permohonan diterima dn sedang diproses sudah lama sgt dah setiap kali cek status tetap sama..jadi bagaimana untk saya tahu bila duit akan dikreditkn..maklum lh saya bukan nye cek di atm jadi nk pergi kaunter setiap hari rasanya mustahil lh sebab bukan nye tahu duit tu sudah approve atau pun tak kan…jd harap pihak nadma blh la bantu ye…[email protected]

    Balas
  7. Saya kuratin bln 7 2021.mohon bantuan nadma bln 9 2021..tp setakat hri ni tak ada dpt apa2 lg.kenapa lmbat proses pembayaran..blh tak percepatkan..orang nk guna duit bantuan tu

    Balas

Leave a Comment