eBaki MARA 2023 (Login Semakan Baki Pinjaman MARA Online)
Makluman kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam mahupun luar negara yang layak mendapat pinjaman daripada Majils Amanah Rakyat (MARA). Sebuah sistem atas talian atau Online telah dibangunkan bagi tujuan check baki pinjaman biasiswa, pinjaman pelajaran, pinjaman komputer, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA serta penyata bagi tahun semasa. Anda boleh mengakses sistem check baki pinjaman MARA tersebut dengan melihat panduan log masuk eBaki MARA seperti di bawah.
MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.
Cara Check Baki Pinjaman MARA Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan eBaki Check Baki Pinjaman MARA Online sebagai rujukan untuk semua.
Fungsi eBaki Mara
- Menyemak baki pinjaman pendidikan
- Menyemak penyata pinjaman pendidikan
- Menyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan
- Permohonan emoratarium
- Permohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikan
- Melakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan
Cara daftar eBaki Mara
- Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, klik pada link “Pengguna Baru”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk melakukan carian
- Kemudian, lengkapkan pendaftaran dan mengisi segagala butiran yang dikehendaki
Cara semak baki pinjaman pendidikan
- Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Masukkan ID Pengguna dan Kataluan
- Klik butang Hantar
Semakan Baki Pinjaman MARA eBaki
Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak baki pinjaman MARA anda serta kemudahan lain yang disediakan dalam sistem eBaki:
- Layari Portal eBaki MARA
- Klik pada pautan “Pengguna Baru”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
- Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal eBaki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
Soalan Lazim eBaki
Anda boleh merujuk soalan lazim yang dikongsikan di bawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan:
1.Soalan: saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elauan untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?
Jawapan: Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.
2.Soalan: Saya masih menerima elaun melalui cek. Saya ingin pembayaran terus ke akaun bank
Jawapan: Sila emelkan salinan buku bank/ online banking/ penyata bank yang mempunyai maklumat nama dan no. akaun bank kepada Bahagian Kewangan MARA: [email protected]/ [email protected]
3.Soalan: Bolehkah saya menggunakan akaun bank pihak ketiga bagi tujuan pembayaran elaun MARA saya?
Jawapan: Pelajar tidak dibenarkan menggunakan akaun bank pihak ketiga. Pelajar hendaklah menggunakan nombor akaun bank sendiri agar data bayaran tidak ditolak oleh Bank.
Buka pautan di bawah bagi mendapatkan soalan-soalan lazim yang disediakan oleh MARA:
eConversion Permohonan Pengurangan Pinjaman
Selain daripada menyemak Check Baki Pinjaman MARA, sistem eBaki juga mempunyai pautan kepada sistem eConversion yang berperanan sebagai sistem permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA.
Pemohon hanya layak membuat satu permohonan sahaja dan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA. Selain itu, pemohon perlu membayar komitmen sebanyak RM300 semasa membuat permohonan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eConversion, rujuk pautan di bawah:
Pemohon hanya perlu menggunakan akses eBaki semak Baki Pinjaman MARA iaitu ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk log masuk sistem eConversion dan membuat permohonan pengurangan baki pinjaman MARA.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda menghadapi masalah berkaitan eBaki Check Baki Pinjaman MARA Online, sila rujuk:
2. Nombor Telefon MARA call centre: 03-2613 2000 samb. 35082/ 35084/ 35085/ 35086
3.Bahagian Penganjuran Pelajaran: 03-2613 2000 samb. 32060/ 32056/ 32063/
32087/ 32071
4.Bahagian Kawalan Kredit: 03-2613 2000 samb. 32286/ 32131/ 32288/ 32133/
32178/ 32399/ 32397
5.Bahagian Undang-Undang: 03-2613 2000 samb. 34102/ 34120/ 34104
6.Bahagian Teknologi Maklumat: 03-2613 2000 samb. 32390/ 32391/ 32386/ 32389
Artikel Alin : Jadual Bayaran Duit Elaun Mara 2022
1 thought on “eBaki MARA 2023 (Login Semakan Baki Pinjaman MARA Online)”