SEMAKAN NCD ONLINE:CARA CHECK No Claim Discount (NCD)

SEMAKAN NCD ONLINE:CARA CHECK No Claim Discount (NCD)

SEMAKAN NCD ONLINE

Semak NCD kereta anda secara online. Masih ada yang tertanya cara semakan NSD kereta online? Apa itu (NCD) atau No Claim Discount atau nama melayu nya dikenali sebagai Diskaun Tiada Tuntutan Kereta? Apa fungsi NCD ni dan macam mana cara untuk anda membuat semakan NCD ini secara online?

Untuk itu, artikel ini membawakan anda Cara Semakan No Claim Discount (NCD) Kereta Online artikel khas pada hari ini untuk menjadi panduan anda memahami segala yang anda patut tahu mengenai semakan NCD online.

Berikut kami sediakan segala maklumat yang anda perlukan mengenai NCD. Cara semakan NCD online kereta anda.

 

Apa Itu NCD?

No Claim Discount (NCD) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. Sekiranya tahun yang berikutnya juga tiada tuntutan, maka NCD menjadi semakin besar.

Anda akan dapat berjimat lagi dengan memindahkan NCD kereta lama ke kereta baru, lagi lama tuntutan belum dibuat, lagi banyak diskaun yang anda dapat.

 

Jumlah Diskaun NCD Kereta

Diskaun bergantung kepada jenis kenderaan. Kenderaan persendirian akan menikmati diskaun yang lebih tinggi berbanding kenderaan motosikal dan komersial. Kelayakan untuk mendapat diskaun adalah dengan anda perlu penuhi syarat 12 bulan tanpa tuntutan.

Pada tahun pertama tiada diskaun diberikan, anda akan mula dapat diskaun untuk renew polisi insuran pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya. Untuk lebih detail tentang kadar peratusan yang diberikan untuk NCD ini, boleh rujuk dibawah mengikut jenis kenderaan dan tempoh mengikut tahun.

SEMAKAN NCD ONLINE

Misalnya, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan adalah kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan menjadi 25% dan seterusnya.

Atau untuk lebih mudah difahami, jika pada tahun kedua anda kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan insuran, maka semasa anda nak renew polisi insuran diskaun anda akan kembali ke 0 % seperti tahun pertama.

 

Perkara Penting NCD

Faktor-faktor penting yang anda perlu tahu tentang NCD adalah seperti yang berikut:

 

Kerosakan Yang Bukan Dilakukan Sendiri

No Fault Damage adalah tuntutan kerosakan yang bukan dilakukan oleh anda sendiri. Diskaun NCD anda tidak akan kembali ke 0% atau hilang atas tuntutan macam ini.

Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan diantara anda dan pihak ketiga, anda mempunyai pilihan membuat tuntutan insuran pihak ketiga atau polisi komprehensif anda sendiri tanpan menjejaskan NCD anda.

 

NCD Boleh Dipindah Milik

Jika anda mempunyai niat untuk menjual kereta dan NCD kereta lama anda ada sebanyak 30 %, maka anda layak untuk memindahkan diskaun tersebut kepada kereta baru.

NCD tidak boleh digunakan lebih pada satu kenderaan. Secara automatik, kenderaan lama anda akan kembali ke 0%.

Tips penting, jika nak dapat penjimatan berlipat kali ganda, anda dinasihatkan untuk memindahkan NCD tertinggi kepada kereta paling tinggi harga pasaran.

Sebagai contoh, jika anda 2 buah kereta baru. Satu Toyota Camry dan satu lagi Myvi . Pilih Toyota Camry untuk pindah NCD kereta lama anda ke kereta baru.

Jangan risau, NCD anda tidak akan terjejas jika ingin menukar syarikat insuran/takaful baru.

 

Polisi Cermin Kereta

Ianya satu polisi tambahan pada insuran komprehensif dan ramai memilih cara ini untuk menukar/ membaiki cermin yang pecah kerana kosnya agak tinggi.

Jika anda memiliki polisi insuran ini dan membuat tuntutan, maka NCD anda tidak akan terjejas. Tetapi jika tidak memilikinya dan terpaksa membuat tuntutan, NCD akan hilang.

 

Cara Membuat Semakan NCD Kenderaan Online

Berikut adalah cara untuk membuat NCD online:

1.Layari portal NCD di pautan NCD online berikut:

MyCarInfo

Boleh klik di NCD Enquiry

 

2.Klik di ruangan Find Out Your NCD

 

 

3.Masukkan no pendaftaran kenderaan dan no kad pengenalan pemilik.Kemudian boleh klik Get My NCD Report

 

4.Paparan Laporan mengenai status NCD anda

 

Kemudian pilih butang ‘check NCD”. Seterusnya masukkan No Plat Kereta & No Ic Anda

Kami berharap perkongsian NCD online kali ini dapat menambah ilmu anda tentang cara semak NCD  kereta dan memudahkan urusan anda membuat semakan NCD kereta anda. Kongsikan artikel NCD online ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Soalan Lazim

1. Jika saya membeli kereta baru bolehkah saya mengambil NCD kereta lama saya yang tidak sama jenis dengan kereta baru saya?

Boleh anda boleh menggunakan NCD lama kereta anda tanpa mengira model kereta.

2. Saya membuat tuntutan insuran cermin kereta saya, adakah NCD saya terjejas?

Tidak. NCD hanya terjejas jika anda tidak menambah polisi cermin kereta dan membuat tuntutan.

3. Bagaimanakah cara saya membuat semakan NCD online?

Anda hanya perlu layari MyCarInfo untuk membuat semakan mudah NCD online.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan NCD Online

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang semakan NCD online atau perkara lain berkaitan anda boleh hubungi MyCarInfo seperti berikut:

Tel: 60 3-2240 9899

Waktu Operasi: 08.30am – 05.30pm

Atau emailkan soalan anda ke

Email: [email protected]

SEMAKAN NCD ONLINE

Baca Juga: CHECK BAKI PINJAMAN MARA ONLINE(eBAKI):SEMAKAN PENYATA BAKI PINJAMAN/KEMUDAHAN/ BIASISWA MARA

Leave a Comment