Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana (Banjir)

Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana (Banjir)

Barang Beg Kecemasan Bencana

Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan rakyat di negara ini, sama ada di bandar atau luar bandar.Bencana banjir menyebakan banyka kerugian hrat benda serta meragut nyawa. Pelbagai persediaan perlu dilaksanakan untuk mengahadapi banjir.Kami akan kongsikan beberapa barang keperluan yang perlu ada dalam beg kecemasan untuk menghadapi musim banjir.

 

Apa Itu Musim Banjir

Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas. Negeri-negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sering menghadapi musim ini .

Sekiranya berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, ia akan menyebabkan hujan berterusan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.

 

Persediaan Menghadapi Musim Banjir

Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut yang dijangkakan bermula pada bulan November 2022 hingga Mac 2023.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut bekenaan banjir di : https://www.mkn.gov.my/

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti menempatkan 1,620,855 mangsa.

Kementerian Pendidikan Malaysia diarahkan memastikan asrama-asrama sekolah yang tidak dihuni pelajar ketika bencana boleh digunakan oleh mangsa banjir manakala di sekolah tanpa asrama yang digunakan sebagai PPS, semua fasiliti dinaik taraf seperti menyediakan bilik mandi dan sebagainya.

bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain seperti ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.

Keluarga Malaysia yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan risiko banjir diminta supaya sentiasa peka dengan amaran awal dan segera berpindah sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan membuat persediaan dengan memeliki beg kecemasan yang mengandungi barang penting untuk mengahadapi bencana banjir.

 

Beg Kecemasan Untuk Persediaan Bencana

Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.

Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.

Apakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.

Kalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.

 

Barang Keperluan Dalam Beg Kecemasan Bencana Banjir

Apa yang perlu ada dalam beg ini?

Ini yang disarankan oleh Malaysia Metrological Department :

  1. Beg Waterproof
  2. Lampu Suluh
  3. Document Case (Simpan semua dokumen asas yang penting)
  4. Emergency Kit
  5. Wisel
  6. Makanan Tahan Lama, contohnya:
    • Energy Bar
    • Biskut
    • Susu tepung anak
    • Makanan segera / dalam tin
  7. Mineral Water
  8. Power Bank & Phone
  9. Kit Kebersihan
  10. Mini Radio
  11. Sedikit Wang Saku
  12. 1 set pakaian

Barang Beg Kecemasan Bencana

 

Tips Menghadapi Banjir

1. Sentiasa melihat dan mendengar tentang update terkini di media sosial lalu kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.

2. Menyemak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir atau tidqak sebagai langkah berjaga-jaga.

3. Segera menyelamatkan dan menyimpan segala dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insurandan dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.Pastikan juga disimpan ditempat yang tinggi dan selamat.

 Segera asingkan dan menyediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan keperluan anak agar anak tidak terlalu meragam semasa kejadian banjir berlaku,

5. Cari dan ambil tahu mengenai Pusat Pemindahan Sementara dan kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman sendiri. Jangan degil jika diarahkan ke Pusat Pemindahan kerana anda akan menyusahkan penyelamat.

6. pastikan anda simpan barang dalam beg kecemasan semasa bencana banjir.

 

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Rebat Beli Alat Elektrik Sebab Banjir

1 thought on “Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana (Banjir)”

Leave a Comment