SENARAI ELECTRIC SCOOTER(HARGA/SPESIFIKASI Skuter Elektrik Terkini)

SENARAI ELECTRIC SCOOTER(HARGA/SPESIFIKASI Skuter Elektrik Terkini)

SENARAI ELECTRIC SCOOTER 2022(HARGASPESIFIKASI Skuter Elektrik Terkini)

 

Selain kereta elektrik, pengguna yang concern dengan alam sekitar dan berjiwa environmentalist mempunyai pilihan kenderaan jenis skuter elektrik untuk perjalanan jarak dekat. Mesra alam dan tidak perlu mengayuh, pengguna juga tidak perlu risau untuk berebut tempat meletak kenderaan.Tetapi persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan jenis ini ialah, adakah pengguna perlu mendapatkan lesen dari JPJ untuk menggunakan basikal elektrik? Dari dapatan kami, Electric Scooter di Malaysia belum perlu berdaftar lagi.

Jadi, adakah anda sedang mencari kedai yang menjual skuter elektrik? Tidak perlu bersusah payah lagi kerana senarai produk dari penjual atas talian di bawah boleh dijadikan panduan asas untuk memudahkan anda membuat keputusan.

 

Faktor-Faktor Pemilihan Skuter Elektrik Terbaik

Ketika memilih skuter elektrik, pembeli biasanya mempunyai pelbagai pilihan dan agak sukar untuk membuat pilihan skuter elektrik yang tepat dan sesuai untuk mereka.

  1. Berat Badan Pelanggan

Secara amnya, kebanyakan skuter elektrik dapat menampung muatan sekitar 100KG.

Bagi penunggang yang lebih berat, perlu memilih skuter elektrik yang lebih berkualiti kerana mempunyai bahan yang lebih kuat, dan juga motor,roda dan bateri yang lebih besar.

 

  1. Jarak Perjalanan

Skuter elektrik yang berbeza mempunyai saiz bateri yang berbeza, juga jumah jarak yang berbeza.

Kebanyakan skuter mempunyai jarak lebih kurang 15km.

Skuter speerti Segway-Ninebot Max mempunyai jarak yang lebih jauh iaitu 65KM.

 

  1. Berat Skuter Elektrik

Kebnayakan skuter mempunyai berat antara 12kg-13kg.

Prestasi skuter biasanya berkadaran dengan berat e-skuter. Saiz motor yang lebih besar,bateri lebih besar dan bingkai skuter yang lebih padat semuanya akan menyumbang kepada skuter yang lebih berat.

 

  1. Kegunaan Skuter Elektrik

Pastinya tiada skuter yang sempurna untuk semua factor atau kegunaan. Anda pilih skuter yang sesuai dengan kegunaan anda.

 

  1. Penyelenggaraan

Seacara amnya, ia adalah agak mudah untuk membuat maintaenance bagi skuter elektrik berbanding dengan kenderaan lain.

Beberpa bahagian yang memerlukan penyelenggaraan adalah seperti tayar(tayar tiub), brek dan nut/bolt.

 

Skuter Elektrik Harga Bawah RM2000 Pilihan Malaysia

Kami akan kongsikan kepada anda skuter yang terbaik dan harga yang berpatutan.

  1. Xiaomi Mi Electice Scooter Essential Lite

electric scooter

Ini lah antara pengeluar yang mengeluarkan pelbagai barangan termasuk skuter elektrik ini dengan harga berpatutan. Sebuah escooter yang mempunyai paparan menunjukkan kelajuan, mod kelajuan, status kunci, status bater dan sebagainya.

Selain itu, escooter ini juga boleh dismbungkan dengan aplikasi Mi Home dan boleh pantau terus daripada telefon pintar anda sahaja. Ciri sebuah escooter semua ada padanya.

 

  • Kuasa Motor : 250 W
  • Jarak Perjalanan : 20 km
  • Berat : 12 kg
  • Max Kelajuan : 20 km/h
  • Saiz tayar : 8.5″ tayar pneumatic
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1080 x 430 x 1140mm
  • Bateri : 5100 mAh
  • Harga : RM1178

 

  1. Xiaomi Mi Electic Scooter 1s

electric scooter

Model 1S adalah lebih baik daripada model essential lite sebelum ini. Dengan kuasa motor, jarak perjalanan lebih jauh dan lebih laju. Ciri-ciri lain hampir sama iaitu mempunyai paparan untuk data, boleh buat sambungan menerusi aplikasi Mi Home dan banyak lagi.

Ciri keselamatan seperti lampur pada bahagian hadapan dan juga lampu brek pada bahagian belakang. Terdapat 3 mod pada skuter ini iaitu eco mode, standard dan juga sport mode. Anda boleh merujuk disini

 

  • Kuasa Motor : 250 W
  • Jarak Perjalanan : 30 km
  • Berat : 12.5 kg
  • Max Kelajuan : 25 km/h
  • Saiz tayar : 8.5″ tayar pneumatic
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1080 x 430 x 1140mm
  • Bateri : 7650 mAh
  • Harga : RM1475

 

  1. Xiaomi Mi Electic Pro 2

electric scooter

Bagi yang berbadan lebih besar dan jika anda inginkan sebuah electric scooter jenama Xiaomi, anda boleh ambil model Pro 2. Ianya sedikit lebih besar berbanding model sebelum ini. Tambahan lagi spesifikasi yang ditawarkan juga pastinya lebih baik. Tetapi sedikit mahal berbanding yang sebelumnya

 

  • Kuasa Motor : 300 W
  • Jarak Perjalanan : 45 km
  • Berat : 14.2 kg
  • Max Kelajuan : 25 km/h
  • Saiz tayar : 8.5″ tayar pneumatic
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1130 x 430 x 1180mm
  • Bateri : 12800 mAh
  • Harga : RM1999

 

  1. ES Volt Electic Scooter Lite 10

es2

Sebuah lagi jenama yang menawarkan electric scooter adalah dari jenama ES Volt dengan model Lite 10. Skuter ini selain digunakan ketika berdiri, ianya menyediakan ruang untuk meletakkan seat untuk duduk. Jadi anda boleh gunakan dalam mod berdiri atau duduk.

Had berat bagi skuter ini adalah 150kg. Jadi orang dewasa dan seorang kanak-kanak masih lagi boleh menampung. Selain itu ianya juga kalis air. Kalau dalam hujan, masih lagi boleh digunakan.

 

Paling best Lite 10 ini menawarkan depan depan, belakang dan bahagian tempat duduk dengan suspension. Jadi tiadalah gegaran melampau ketika memandu escooter tersebut.

 

Skuter elektrik ini menawarkan antara bateri tahan yang paling lama iaitu sehingga 40 km dan juga kelajuan maksimum paling tinggi juga iaitu sehingga 40 km/h. Bagi yang sukana sedikit kelajua, mungkin anda boleh dapatkan ES Volt Lite 10 ini.

  • Kuasa Motor : 800 W
  • Jarak Perjalanan : 40 km
  • Max Kelajuan : 40 km/h
  • Saiz tayar : 10″ durable tire
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1130 x 430 x 1180mm
  • Bateri : 10400 mAh
  • Harga : RM1780

 

  1. SEALUP XLP-Q9 Electric Scooter

es1

escooter ini sesuai untuk bagi mereka yang berbadan besar atau ingin naik 2 orang bersama anak kecil termasuklah boleh diletakkan kerusi. Kerana ianya mampu bertahan sehingga 150kg. Selain itu ianya boleh ditunggang ketika hujan kerana kalis air. Juga terdapat suspension pada bahagian depan dan belakang tayang serta pada kerusi

  • Kuasa Motor : 350 W
  • Jarak Perjalanan : 45 km
  • Max Kelajuan : 35 km/h
  • Saiz tayar : 10″ tayar
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Harga : RM1672

 

Pembelian electric scooter ini sangat bergantung kepada tujuan anda. Kalau pakai untuk aktiviti riadah dan suka-suka boleh beli yang mampu milik dan biasa-biasa sahaja.

Bermula 1 Januari depan, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan Tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

Artikel Lain : Tempat Pelancongan Langkawi

 

1 thought on “SENARAI ELECTRIC SCOOTER(HARGA/SPESIFIKASI Skuter Elektrik Terkini)”

Leave a Comment