CONTOH SOALAN UJIAN UKCG: FORMAT UJIAN INSAK

CONTOH SOALAN UJIAN UKCG: FORMAT UJIAN INSAK

CONTOH SOALAN UJIAN UKCG

Contoh Soalan Ujian UKCG INSAK, Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG). Adakah anda pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2023? Tahukah anda bilakah tarikh panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2023? Panduan buat anda yang berjaya dipanggil untuk menduduki eUKCG untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian UKCG buat panduan pelajar.

Buat makluman semua, untuk tahun 2023, calon yang terpilih adalah diwajibkan untuk menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP. Bagi anda calon eUKCG 2022 sudah pastinya ingin mengetahui kriteria dan contoh soalan INSAK.

  • Peraturan Menduduki eUKCG PISMP (Ujian Kelayakan Calon Guru)
  • Panduan menyediakan video pengajaran IPG

 

Contoh Soalan Ujian UKCG (PISMP)

Berikut dikongsikan maklumat tentang contoh soalan ujian UKCG untuk kemasukan ke IPG termasuk tarikh penting panggilan eUKCG :

 

Tarikh UKCG 2023

Pelaksanaan eUKCG (Portal PISMP/ IPGM) : Akan dikemaskini

Keputusan Calon layak dipanggil eUKCG dan Menghantar URL/ link Video Demonstrasi (7 Minit) (Portal PISMP) : Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) : Akan dikemaskini

Menyediakan Video Pengenalan Diri/ Demonstrasi (6-8 Minit) dan dan menghantar URL Video tersebut kepada IPGM – menerusi Portal PISMP : Akan dikemaskini

* Tarikh semakan adalah seperti kalendar aktiviti IPG 2023

 

Maklumat Penting Contoh Soalan Ujian UKCG

Untuk makluman eUKCG terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (VKF)

 

1.Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)

e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.

Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

 

2.Penyediaan Dan Penghantaran Video Pengajaran

Calon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP.

Menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Hantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG.

Sekiranya calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.

 

3.Penyediaan Dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF)

Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.

Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.

Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.

 

Nota : Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel penilai VP dan VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM Semua keputusan adalah muktamad.

 

Panduan Menduduki UKCG

TIPS SOALAN INSAK (eUKCG)

Antara tips contoh soalan ujian UKCG INSAK sebagai rujukan buat calon :

  1. Isu PPSMI – setuju/ tidak dimansuhkan? kenapa?
  2. PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan, bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP
  3. 1Malaysia – apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan, keadilan sosial, prinsip kenegaraan, nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan, kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia
  4. Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran
  5. Apakah cabaran guru?
  6. Simple question – kenapa minat jadi cikgu?
  7. Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dengan sekolah bestari
  8. Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
  9. Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Sarawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang
  10. Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI

Contoh Soalan Ujian UKCG (INSAK)

Antara contoh soalan ujian UKCG sebagai rujukan buat calon :

  1. Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  2. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  3. Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  4. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  5. Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  6. Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  7. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  8. Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkannya.
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  9. Jika tersilap, biar masa melupakannya
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  10. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakannya.
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  11. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  12. Saya menepati masa melaksanakan tugas saya
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  13. Saya rajin bekerja dengan mengharapkan pujian daripada majikan saya
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  14. Apabila bekerja dengan rakan sejawat, saya akan memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  15. Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  16. Saya berminat kerja guru kerana ia boleh mendapat gaji lumayan
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  17. Sungguhpun ada banyak risiko dan cabaran dalam tugas, saya bersikap positif menghadapinya
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  18. Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  19. Jika prestasi saya ditegur, saya akan berusaha mengundur diri
    1. Setuju
    2. Tidak setuju
  20. Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
    1. Setuju
    2. Tidak setuju

Cadangan Jawapan : 1A 2A 3B 4B 5B 6B 7A 8A 9B 10B 11A 12A 13B 14B 15B 16B 17A 18B 19B 20A

*Nota Penting : Contoh soalan ujian bertulis eUKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya contoh sebagai panduan buat calon sahaja

Semoga perkongsian tentang contoh soalan ujian UKCG INSAK  ini dapat dijadikan panduan buat calon semua. Selamat menduduki ujian eUKCG ambilan tahun 2023 dan semoga berjaya.

 

Soalan Lazim Contoh Soalan Ujian UKCG 2021

1. Apakah e-UKCG?

  • e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

2. Bilakah e-UKCG PISMP dijalankan?

  • e-UKCG PISMP 2021 akan dijalankan pada 1 hingga 25 April 2021.

3. Bolehkah calon menukar tarikh e-UKCG yang telah ditetapkan?

  • TIDAK. Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Bagaimana calon boleh mengetahui status layak e-UKCG?

  • Calon yang telah melengkapkan permohonan PISMP 2021 secara dalam talian akan diberi tarikh menduduki e-UKCG. Sila peka dan ingat tarikh e-UKCG yang ditetapkan.

5. Adakah calon ditempatkan di pusat-pusat tertentu untuk menduduki e-UKCG?

  • TIDAK. Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

6. Bagaimana sekiranya calon sukar mendapatkan talian internet untuk menduduki e-UKCG di rumah?

  • Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT. Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

7. Apakah alat yang boleh digunakan untuk menjawab e-UKCG?

  • e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa. Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

8. Di manakah calon boleh mendapatkan panduan untuk menduduki e-UKCG?

  • Panduan kepada calon untuk menduduki e-UKCG disediakan. Calon boleh memuat turun panduan dan membaca dengan teliti sebelum mula menjawab.

9. Apakah persediaan yang perlu calon lakukan sebelum menduduki e-UKCG?

  • Calon akan ditetapkan tarikh untuk menduduki e-UKCG. Calon perlu peka dengan tarikh yang diberi dan membuat persediaan awal seperti mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menjawab sekiranya tiada talian internet di rumah.
  • Pastikan calon membaca dan memahami arahan soalan dengan teliti sebelum membuat pengesahan untuk menjawab soalan.
  • e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

10. Bolehkah calon berbincang dengan keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG?

  • TIDAK. Calon tidak dibenarkan berbincang atau bertanya kepada ahli keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG.

11. Setelah calon selesai menjawab e-UKCG dan klik butang hantar, adakah calon boleh menjawab semula ujian tersebut?

  • TIDAK. Calon tidak lagi boleh menjawab e-UKCG setelah hantar.

12. Bagaimana sekiranya berlaku gangguan semasa calon menjawab e-UKCG seperti kerosakan talian internet, terputus bekalan elektrik, kerosakan komputer dan sebagainya?

  • Sekiranya berlaku gangguan seperti di atas yang menyebabkan calon tidak boleh meneruskan ujian, calon perlu memohon untuk meneruskan ujian dengan klik butang [ Aduan Ralat ]. Calon akan diberikan tarikh/masa baharu untuk meneruskan ujian. Sila baca arahan dengan teliti.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Unruk maklumat lanjut dan petanyaan tentang contoh soalan ujian UKCG atau berkaitan permohonan anda hubungi

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
  • No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
  • Emel : [email protected]

 

Baca Juga: PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN  RM4400 SEBULAN

1 thought on “CONTOH SOALAN UJIAN UKCG: FORMAT UJIAN INSAK”

Leave a Comment