eSPKWS ONLINE KPM 2023(CARA LOGIN & GUNA SISTEM PERAKAUNAN SEKOLAH)
Dengan adanya sistem portal eSPKWS online KPM ini, pihak sekolah kini boleh membuat selenggara perakaunan dan menyimpan data-data yang berkaitan dengan lebih mudah dan cepat melalui eSPKWS online KPM.
Tahniah diucapkan kepada KPM kerana menghasilkan sebuah sistem eSPKWS online KPM yang memudahkan pihak sekolah dalam membuat urusan berkaitan perakaunan kelak.
Apa Itu eSPKWS ?
eSPKWS online KPM merupakan sistem baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya dikenali sebagai sistem perakaunan berasaskan komputer bagi membuat selenggaran perakaunan kumpulan wang sekolah berelektronik dengan lebih cekap serta efisien.
Baca Juga: LOGIN MySPP:CARA LOG MASUK SISTEM PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Cara Login eSPKWS Online
Berikut ialah cara yang betul untuk login portal eSPKWS KPM tersebut, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah
- Klik link ini -> https://spkws.moe.gov.my/login.php
- Kemudian masukkan ID Pengguna & Kata Laluan
- Dah selesai anda hanya perlu klik masuk
- Jika terlupa kata laluan atau ada masalah login boleh rujuk FAQ
Walaubagaimanapun, capaian pengguna hanya kepada 3 ketegori pengguna sahaja iaitu
- Pentadbir Sistem
- Pengurusan
- Operasi
- Pengurus Sekolah
- Pembantu Tadbir
Borang Capaian eSPKWS
Segala borang capaian, borang tambah perihal, ataupun borang aduan berkaitan sistem ini sahaja, anda boleh rujuk pautan Borang https://spkws.moe.gov.my/borang.php berikut. Semua borang yang disediakan oleh KPM boleh dimuat turun menggunakan file PDF dan terus print.
Modul eSPKWS Online KPM
Ada 12 capaian modul yang disediakan oleh KPM untuk anda muat naik antaranya
- Modul Permulaan
- Modul Terimaan
- Pengesahan Pengurus Sekolah
- Modul Daftar Bil
- Modul Bayaran
- Modul Deposit
- Modul PWR
- Modul Pindah Peruntukan
- Modul Penyesuaian Bank
- Modul ABT ABB
- Modul Laporan
- Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Semua modul-modul yang disediakan anda boleh membuat capaian melalui Nota espkws https://spkws.moe.gov.my/nota.php kpm tersebut.
Soalan Lazim
1.Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan nota eSPKWS?
Sila layari https://spkws.moe.gov.my/nota.php kemudian klik pada pautan nota berwawarna merah di skrin.
2. Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan cara login penuh eSPKWS?
Sila rujuk pautan Manual Pengguna eSPKWS.
3. Apakah tujuan portal eSPKWS?
Tujuan portal eSPKWS ialah memudahkan pihak sekolah dalam membuat urusan berkaitan perakaunan kelak.
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang aduan/ masalah berkaitan dan permohonan ID capaian eSPKWS sila hubungi
Talian helpdesk 03 8872 1436
Emel rasmi [email protected]
Capaian manual pengguna rujuk Manual Pengguna
Baca Juga: CONTOH BORANG SOAL SELIDIK 2021(WORD & PDF):Geografi PT3/Pelajar Universiti/Produk
Baca Juga: PENGAMBILAN TLDM 2021:PERMOHONAN PENDAFTARAN SEMAKAN STATUS(Lepasan SPM/SVM/Diploma Kejuruteraan)
Baca Juga: CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK ORANG LAIN(DATUK NENEK IBUBAPA/TANGGUNGAN) GUNA MySEJAHTERA
1 thought on “eSPKWS ONLINE KPM 2023(CARA LOGIN & GUNA SISTEM PERAKAUNAN SEKOLAH)”