LOGIN MySPP:CARA LOG MASUK SISTEM PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Login mySPP ini dikongsikan bagi memudahkan mereka yang ingin membuat permohonan pengambilan guru One-Off DG41 yang telah diumumkan oleh KPM baru-baru ini. Kementerian Pendidikan telah mengumumkan pengambilan guru baharu secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara bagi tahun 2021. Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.
Sebelum itu, bagi anda yang berminat hendaklah register Login mySPP ke Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan : mySPP. Sistem ini akan membuat tapisan pengambilan kepada setiap permohonan bakal guru untuk menjadi anggota Perkhidmatan Pendidikan. Login mySPP
Baca Juga: CARA DAFTAR MySPP 2021:PERMOHONAN PENGAMBILAN GURU ONE-OFF DG41
Apa Itu mySPP?
Sistem mySPP adalah satu sistem pengambilan anggota Perkhidmatan Pendidikan yang diselaraskan dibawah satu sistem sahaja. Sistem mySPP ditadbir urus di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). SPP merupakan badan yang akan menyelaras anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
Baca Juga:CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET:FORMAT TERKINI 2021(Speaking Reading Listening & Writing)
Cara Register mySPP Login mySPP
Berikut adalah cara untuk mendaftar ke sistem mySPP Login mySPP ;
- Sila buka portal mySPP di https://myspp.spp.gov.my/ dan tekan butang DAFTAR AKAUN BAHARU Login mySPP.
- Skrin Login mySPP berikut akan meminta anda memasukkan maklumat peribadi seperti dibawah :
- Sila pastikan semua medan bertanda (*) Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Anda hendaklah memasukkan nombor telefon yang masih aktif kerana pemohon berkemungkinan akan dihubungi oleh SPP untuk pengesahan maklumat permohonan dan hebahan panggilan temuduga.
- Lengkapkan soalan keselamatan dan pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar, jika anda ingin mengisi semula klik butang Semula.
- Jika pengisian anda berjaya skrin akan memaparkan Tahniah! Pendaftaran Berjaya! atau jika ada sebarang ralat, skrin akan memaparkan bahagian yang ralat dan anda dikehendaki untuk mengisi semula bagi pembetulan.
- Pendaftaran andas elesai!
Baca Juga: E-LEMBAGA PEPERIKSAAN:PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN & SEMAK SEMULA STATUS
Cara Mengisi Permohonan mySPP
Berikut adalah cara mengisi borang permohonan jawatan di mySPP :
- Sila buka portal mySPP di https://myspp.spp.gov.my/ dan masukkan No Kad pengenalan serta Kata Laluan. Klik butang Log Masuk.
- Peringatan kepada pemohon supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji /SyaratLantikan / DeskripsiTugas) sebelum mendaftar.
- Setelah anda berjaya Log Masuk, isikan Nama Penuh, Alamat Surat menyurat, Emel, no Telefon terkini.
- Isikan pula pada ruangan Negeri Tempat lahir dan Taraf Perkahwinan.
- Setelah anda berjaya mengisi sila tekan butang SIMPAN. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang (*).
- Seterusnya anda diminta untuk melengkapkan MAKLUMAT AKADEMIK.
- Klik pada pautanPT3/PMR/SRP/LCE dan maklumat peperiksaan anda. Pilih Mata Pelajaran dan Gred yang berkenaan. Hanya sepuluh (10) mata pelajaran terbaik yang dibenarkan untuk diisi.
- Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.
- Seterusnya, klik pada pautan SPM/MCE/SPM (V).Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM (V) /SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) — Peperiksaan Kali Pertama.
- Jika selesai, tekan butang SIMPAN atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.
- Sekiranya anda mempunyai Peperiksaan Tambahan, klik pada pautan PeperiksaanTambahan.
- Jika berkaitan, pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang (*). Tekan butang SIMPAN jika telah lengkap.
- Jika anda menduduki peperiksaan STPM/STP/HSC sila klik pada pautan STPM/STP/HSC.
- Isikan maklumat yang diminta Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.
- Seterusnya sekiranya anda menduduki peperisaan STAM. Lengkapkan keputusan Peperiksaan STAM yang diperolehi dan klik butang SIMPAN.
- Paparan seterusnya adalah berkaitan Pengajian Tinggi. Isikan semua maklumat bertanda (*) pada paparan Keputusan 1. Jika anda mempunyai lebih daripada satu sijil Pengajian Tinggi, masukkan pada Keputusan -2 dan Keputusan -3.
- Tekan butang SIMPAN
- Pada ruangan Profesional, isikan jika anda memiliki sijil daripada badan-badan professional dan iktisas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Klik pada butan SIMPAN.
- Paparan berikutnya berkaitan maklumat Ko-kurikulum anda. Lengkapkan maklumat pada ruangan Sukan/Persatuan dan Rekacipta / Pencapaian. Setelah selesai, klik butang SIMPAN.
- Bagi Pegawai yang sedang berkhidmat, anda boleh memilih jawapan YA pada soalan“Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis?” Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon.
- Lengkapkan butiran pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat.
- Setelah itu anda boleh teruskan dengan melengkapkan pada menu Maklumat Tambahan. Isikan pada butiran Bakat / Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera / Polis atau Penerima Bantuan / Kurang Upaya.
- Jangan lupa untuk klik pada butang SIMPAN.
- Untuk paparan seterusnya, anda diminta mengisi Jawatan Dipohon. Anda hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP Pastikan jumlah jawatan keseluruhan adalah betul untuk memastikan jawatan dimohon tidak akan hilang apabila klik butang SIMPAN
- Akhir sekali adalah bahagian PengakuanPemohon. Pada bahagianiniandahendaklahmemastikan :
- Semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
- Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Sekiranya anda telah berpuashati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butangHANTAR
- Pemohonan anda selesai dan anda boleh menyemak permohonan anda pada pautan SEMAKAN PERMOHONAN dan STATUS PERMOHONAN.
Baca Juga: CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK ORANG LAIN(DATUK NENEK IBUBAPA/TANGGUNGAN) GUNA MySEJAHTERA
Soalan Lazim Login mySPP
Saya telah mendaftar di mySPP dan terdapat kesilapan maklumat semasapendaftaran, bagaimanakah untuk memperbetulkan kesilapan tersebut?
Anda boleh memperbetulkan kesilapan maklumat dengan log masuk ke mySPP dan mengemaskini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.
Sekiranya saya telah membuat pendaftaran MyID dan tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan?
Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
Baca Juga:PENGAMBILAN TLDM 2021:PERMOHONAN PENDAFTARAN SEMAKAN STATUS(Lepasan SPM/SVM/Diploma Kejuruteraan)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Talian Hotline mySPP :
Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) : Klik Di sini