Fly2campus:Cara Daftar Permohonan KPT(Beli Tiket)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KPT telah menyediakan satu platform bagi pengumpulan maklumat pelajar yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk kemasukan ke kampus.
Sistem maklumat ini akan menjadi rujukan utama bagi penyelarasan jadual penerbangan dan penyedia perkhidmatan penerbangan dengan tawaran harga terbaik bagi para pelajar.
Para pelajar yang telah menerima pemakluman untuk masuk ke kampus secara fizikal bermula 15 Oktober 2021 daripada pihak IPT dan berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan dipelawa untuk daftar pengguna, mengemaskini maklumat peribadi dan maklumat perjalanan .
Apa Itu Program Fly2Campus?
Fly2Campus adalah satu platform pengisian maklumat yang hanya terpakai kepada pelajar IPT (berstatus warganegara) yang berdaftar di bawah KPT dan telah menerima pemakluman untuk masuk ke kampus secara fizikal daripada IPT masing-masing. Hanya pelajar yang berminat menggunakan kemudahan penerbangan perlu mengisi maklumat melalui aplikasi ini.
Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online
Cara Memohon Fly2Campus KPT
Berikut adalah Langkah-langkah daftar Fly2Campus:
- Pelajar IPT perlulah membuat permohonan melalui pautan http://iptpelajar.mohe.gov.my.
- Pelajar hendaklah mengemaskini maklumat peribadi yang terkini dan tepat bagi memudahkan perancangan di pihak pengurusan.
- Pelajar yang tidak mempunyai sebarang rekod dalam pangkalan data KPT perlu mendaftar dan mengisi maklumat yang tepat dan terkini terlebih dahulu.
- Pelajar yang telah mendaftar melalui aplikasi ini adalah dinasihatkan untuk menunggu pemakluman dari pihak syarikat penerbangan/KPT sebelum membeli sebarang tiket penerbangan bagi memastikan dapat menerima manfaat inisiatif ini.
- Penentuan tarikh, jadual penerbangan dan penyedia perkhidmatan penerbangan adalah tertakluk kepada penyelarasan di peringkat KPT dan penyedia perkhidmatan penerbangan.
- Pelajar yang telah mendaftar melalui aplikasi ini akan dihubungi oleh pihak penyedia perkhidmatan penerbangan bagi pengesahan dan urusan pembelian tiket penerbangan.
Tarikh Pendaftaran Fly2Campus KPT
Pelajar IPT boleh merujuk kepada Tarikh akses aplikasi Fly2Campus:
Bermula 1OKTOBER 2021 (12.OO tengahari) sehingga 6 OKTOBER 2021 (12.OO tengahari).
Pastikan anda tidak terlepas Tarikh tersebut.
Maklumat Lanjut Tentang Fly2Campus KPT
Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6628/6949/6623.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.