CARA BUAT GAMBAR PASSPORT SENDIRI (Tanpa Guna Aplikasi)

CARA BUAT GAMBAR PASSPORT SENDIRI (Tanpa Guna Aplikasi)

GAMBAR PASSPORT

Gambar bersaiz pasport antara yang penting dalam urusan rasmi yang kebanyakkan akan digunakan untuk permohonan kerja, kemasukan taska, tadika, sekolah, universiti, permohonan pasport dan sebagainya jika berkaitan. Untuk membuat gambar bersaiz pasport di kedai semestinya akan memerlukan sedikit kos.

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat sendiri sahaja gambar pasport di rumah yang pastinya akan jimatkan kos dan masa anda tanpa menggunakan aplikasi, semoga membantu.

 

SPESIFIKASI GAMBARPASSPORT

Berikut adalah merupakan spesifikasi gambar pasport secara asas:

  • Fokus/resolusi tinggi dan jelas.
  • Tiada redeye.
  • Tiada bayang-bayang.
  • Imej dari kepala ke dagu – mestilah antara 34mm dan 39mm tinggi.
  • Tiada garisan putih yang mengelilingi gambar kerana ini mungkin menjejaskan dimensi imej.
  • Gambar harus dicetak secara profesional

 

SAIZ GAMBAR PASSPORT

Gambar pasport mestilah dicetak secara profesional dengan ukuran:

  • Milimeter: 45mm tinggi x 35 mm lebar
  • Centimeter: 4.5cm tinggi x 3.5cm

 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN BUAT GAMBAR PASSPORTSENDIRI

Untuk membuatnya sendiri, pastikan anda sediakan peralatan yang diperlukan seperti berikut:

  • Phone
  • Printer
  • Glossy paper

 

CARA DIY GAMBAR PASSPORT SENDIRI (Tanpa Aplikasi)

Sekiranya anda teleh sediakan peralatan yang diperlukan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Minta tolong sesiapa sahaja ambilkan gambar anda. Sebaiknya anda berpakaian Lebih kemas jika berpakaian formal. Untuk memudahkan lagi, seelokknya anda ambil gambar berbacgroud kan dinding yang kosong.
  2. Layari website Remove Image Background https://www.remove.bg/
  3. Pada paparan utama klik pada Upload Image.
  4. Seterusnya masukkan gambar yang anda ambil tadi.
  5. Sekiranya anda ambil gambar yang berlatarkan pemandangan atau sebagainya, ianya akan auto hilang background tersebut
  6. Seterusnya anda klik pada edit dan boleh pilih background biru atau putih mengikut kesesuaian urusan atau tujuan anda
  7. Setelah klik pada anak panah tu untuk muat turun (download) gambar pasport tersebut. Gambar anda tersebut akan masuk dalam galleri phone anda.
  8. Seterusnya anda boleh mencetakkannya meneru komputer atau laptop di rumah anda
  9. Pastikan setkan gambar saiz 3.5cm x 4.5 cm dan print dengan menggunakan glossy paper.
  10. Selesai, siap gambar pasport anda

 

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT SLIDE PEMBENTANGAN (Menarik Cantik Mudah)

Leave a Comment