SENARAI MESIN DRYER TERBAIK(Jimat Elektrik & Harga Murah)

SENARAI MESIN DRYER TERBAIK (Jimat Elektrik & Harga Murah)

SENARAI MESIN DRYER TERBAIK 2022 (Jimat Elektrik & Harga Murah)

 

Mesin Dryer baju kini menjadi pilihan ramai untuk membantu proses pengeringan baju terutamanya Ketika musim hujan. Penggunaan mesin dryer dapat meneyelsaikan masalah  ruang menyidai baju yang sempit dan memastikan pakaian anda kering tidak kira cuaca.

Terdapat 3 jenis mesin dryer yang terdapat di pasaran. Setiap jenis mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seabgai pengguna, kita perlu bijak membuat pilihan yang terbaik dan memastikan alat tersebut memenuhi fungsi yang kita inginkan.

Jadi, adakah anda sedang mencari mesin dryer yang sesuai untuk kegunaan anda? Tidak perlu bersusah payah lagi kerana senarai produk di bawah boleh dijadikan panduan asas untuk memudahkan anda membuat keputusan terbaik.

Jenis-Jenis Mesin Pengering Pakaian (Dryer)

Terdapat 3 jenis mesin yang menawarkan fungsi mengeringkan pakaian anda. Namun, setiap jenis mesin pengering ini mempunyai perbezaan dari segi harga dan juga penjimatan elektrik.

  1. VENTED DRYER

Jenis mesin dryer ini, lebih sesuai diletak di luar rumah sebab air daripada baju yang lembap akan tersejat menjadi wap air dan dialirkan terus keluar rumah. Jika mesin ini diletakkan di dalam rumah, satu saluran (cerobong) perlu dipasang pada mesin tersebut dan dihalakan keluar rumah untuk menyempurnakan proses pengeringan baju bagi mesin jenis vented dryer ini.

Harga pula lebih murah dan mampu milik dalam sekitar RM800 hingga RM2000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.

 

  1. CONDENSER DRYER

Jenis mesin dryer ini boleh diletakkan di dalam rumah kerana wap air daripada baju yang lembap akan disalurkan ke dalam bekas yang telah disediakan.  Wap air akan masuk ke dalam bekas yang telah disediakan dan satu proses pemeluwapan akan berlaku menyebabkan wap air berubah menjadi cecair. Cecair atau air di dalam bekas ini haruslah dikosongkan setiap kali selesai proses mengeringkan baju.

Harga juga masih mampu milik dan sedikit mahal berbanding jenis vented. Harga bermula sekitar RM1300-RM3000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama

 

  1. HEAT PUMP

Heat pump selalunya datang bersekali dengan jenis condenser kerana fungsi ini adalah teknologi tambahan kepada dryer dimana ia membantu mengitar semula dan memanaskan semula udara di dalam mesin pengering daripada membebaskan udara panas ke luar seperti condenser dryer biasa.

Setelah mengitar semula udara yang dipanaskan di dalam mesin pengering, teknologi heat pump ini dapat mengurangkan haba pada mesin pengering dan menyejukkan kembali mesin pengering sepertimana sebuah aircond atau mesin penghawa dingin berfungsi.

Perbezaan lain antara heat pump dan condenser biasa ialah heat pump bunyinya lebih senyap dan lebih menjimatkan penggunaan elektrik. Persamaannya pula, heat pump masih sama dengan condenser kerana bekas yang menampung air daripada baju lembap yang dikeringkan perlu dibuang setiap kali selesai proses mengeringkan baju. Kotoran daripada baju yang dikeringkan juga perlu dibersihkan setiap kali selesai proses keringkan baju.

Harga juga lebih tinggi berbanding dengan jenis dryer yang lain. Dengan fungsi tambahan ini, harganya bermula dengan RM2000-RM5000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.

Faktor-Faktor Pemilihan MesinDryer Terbaik

 Sebelum membeli  mesin dryer ada beberapa pertimbangan serta sedikit panduan yang boleh digunakan supaya anda tak menyesal apabila dah membelinya. Ada beberapa ciri asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli:

  1. Harga

Ini adalah antara faktor pertama yang difikirkan oleh pengguna yang ingin membeli mesin dryer. Harga boleh jadi pelbagai, dari semurah RM500 sehinggalah ke RM4000.

Yang penting, beli ikut bajet anda. Saya cadangkan harga antara RM1000 hingga RM300 adalah harga yang munasabah bagi sebuah mesin dryer untuk di rumah anda.

 

  1. Jimat Elektrik

Tiga jenis ini semua keringkan kain dengan elok, cuma atas kita nak pilih jenis mana mengikut bajet kita. Mesin jenis vented yang ada corong untuk keluarkan haba panas. Jadi, kena halakan corong itu keluar.

Condenser tiada corong, jadi mahal sedikit berbanding vented. Heat pump pun tiada corong namun lebih mahal kerana ia sangat menjimatkan elektrik. Heat pump ini beli mahal sikit, tapi memang jimat elektrik. Macam mana nak tahu? Boleh semak gred dia atau maklumat penggunaan elektrik dia. Semua dryer patut ada info ini, tinggal kita tanya saja.

  1. Ruang

Perlu diambil kira faktor ruang untuk meletak mesin mengikut keluasan rumah anda. Jika ruang kecil, boleh membeli yang jenis 2 dalam 1 dryer tetapi jenis ini hanya condenser sahaja.

Ada pelbagai jenama yang popular orang ramai gunakan seperti Electrolux, Toshiba, Midea, Beko dan TEKA. Paling penting, gunakan satu plug khas untuk mesin dryer sahaja. Tidak boleh guna extension atau campur-campur plug.

 

SENARAI MESIN PENGERING PAKAIAN (DRYER) TERBAIK

 Kami kongsikan kepada anda mesin yang mampu milik dan bertepatan dengan kehendak anda. Berikut adalah senarai tersebut :

 

  1. TOSHIBA DRYER 7KG TD-H80SEM

 

Pilihan pertama mesin pengering baju terbaik adalah dari Toshiba. Yang best tentang model ni, korang tak perlu nak check banyak kali yang kain dah kering ke belum sebab model ni ada teknologi ‘Sense-Dry’ dimana ia akan berhenti secara automatik bila kain dah kering sepenuhnya. Bagus kan! Tak perlu risau kalau kain terlebih kering, baju pun tak rosak.

 

Bagi harga pulak, Toshiba ni kedua paling murah dalam kami punya rekomendasi dan korang dapat jugak teknologi tambahan seperti LED Digital Control Panel & Anti-Crease iaitu anti-kedut. Sangat berbaloi!

 

  1. MIDEA DRYER 7KG MD-7388

 

Pilihan kedua untuk mesin pengering baju terbaik adalah dari Midea. Apa yang best Hana nak highlight dekat model ni ialah safety features dia memang terbaik! Model ni ada child lock system, kalau korang yang ada anak kecil tu, system ni boleh halang anak korang dari ganggu proses pengeringan. Selain tu dryer ni ada fungsi alarm untuk alert kita kalau ada yang kena bila dryer tengah berjalan.

 

Lagi satu, model ni ada crease guard option iaitu dia ada ‘cool down phase’ di mana dia boleh kurangkan kedutan di pakaian lepas sesi pengeringan. Menarik! Dan oh, bagi kategori harga, ia paling murah dalam rekomendasi hari ni!

 

  1. SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WD70J5410AW/SP

 

Dari segi kapasiti, anda mendapat mesin basuh 7kg dan penegring yang boleh membuat sehingga 5kg. Ukuran ini sesuai untuk keluarga yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang.

Ia memiliki teknologi ecobubble yang secara efektif dan berkesan menghilangkan kotoran. Harga agak mahal namun amat berbaloi untuk dimiliki. Anda boleh layari pautan ini

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI ELECTRIC SCOOTER(HARGA/SPESIFIKASI Skuter Elektrik Terkini)

4 thoughts on “SENARAI MESIN DRYER TERBAIK(Jimat Elektrik & Harga Murah)”

Leave a Comment