CONTOH AKTIVITI SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2023 (Malaysia)
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Namun, sambutannya disambut pada tarikh yang berbeza-beza bagi setiap negara. Kepada anda yang ingin mencari contoh aktiviti bagi sambuatan hari kanak-kanak, disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia “demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.”
Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.
HAK KANAK-KANAK
Berikut adalah merupakan antara hak antaranya ialah:
- Hak untuk Hidup (Perkara 6)
- Hak untuk memberikan pendapat mereka (Perkara 12)
- Hak untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal yang selamat dan untuk memenuhi keperluan asas mereka (Perkara 27)
- Hak untuk mendapat pendidikan (Perkara 28)
- Hak untuk bermain dan berehat (Perkara 31)
- Hak untuk mendapat perlindungan daripada kerja yang membahayakan mereka, dan tidak baik untuk kesihatan dan pendidikan mereka (Perkara 32)
DEKLARASI HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Kanak-kanak merupakan dokumen antarabangsa yang mengutarakan mengenai hak kanak-kanak. Antara perkara yang terkandung di dalam deklarasi ini adalah seperti berikut:
- Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.
- Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.
- Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
- Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
- Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.
NOTA: Untuk dapatkan deklarasi penuh anda boleh merujuk DI SINI
TEMA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2023
- Akan dikemaskini kemudian
TARIKH SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2023
- Akan dikemaskini kemudian
CONTOH AKTIVITI SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
Terdapat beberapa aktiviti program yang boleh dianjurkan bagi meraikan mereka untuk Program Sambutan Hari Kanak-Kanak ini seperti:
AKTIVITI | CONTOH |
Persembahan Pentas
|
|
Pakaian Beragam | Kanak-kanak boleh didedahkan dengan dunia pekerjaan yang ada di Malaysia malah didunia. Ia secara tidak lansung daapt memberitahu peranan dan tanggungjawab setiap pekerjaan |
Sukaneka |
|
Majlis Hari Jadi | Ia umpama majlis atau jamuan makan. Ada di sesetengah sekolah, kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan Oktober diminta membawa kek masing-masing manakala kanak-kanak yang lain pula boleh membawa makanan yang lain seperti buah-buahan, satay, mee, bihun, kuih muih. Boleh dikatakan umpama Jamuan Potluck. |
Aktiviti Main Air | Aktiviti main air adalah salah satu aktiviti yang menjadi keseronokkan kepada kanak-kanak. Contohnya main tembak-tembak pistol air, mandi bersama kawan didalam portable swimming pool dan seharusnya aktiviti ini juga turut diselia dan disertai oleh para guru. |
Lawatan ke Zoo atau tempat-tempat yang menarik. | Aktiviti outdoor seronok juga bagi meraikan kanak-kanak, melihat keterujaan mereka terhadap haiwan dan tempat-tempat yang menarik. Biasanya untuk aktiviti begini pihak sekolah boleh melakukan secara berperingkat-peringkat bagi setiap darjah |
Aktiviti Usahawan Cilik | Kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti perniagaan yang ringan-ringan. Sediakan bazar untuk si cilik untuk terdedah secara asas dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan. |
Aktiviti Tukar-tukar hadiah. | Tukar-tukar hadiah boleh juga dilakukan diantara kanak-kanak sebagai tanda mereka menghargai persahabatan dan meraikan hari sambutan mereka sebagai seorang kanak-kanak. |
Pertandingan | Adakan pertandingan kepada kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mengikut tema yang ditetapkan. Contohnya diadakan pertandingan menghias kelas, pertandingan mewarna, melukis, menulis certot, menulis komik. |
Pameran | Boleh juga dianjurkan pameran yang dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada kanak-kanak. |
ARTIKEL LAIN
BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN)