Hari Sukan Negara 2022 Pada 7 hingga 9 Oktober (Contoh Aktiviti Di Sekolah)
Sambutan HSN telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation)
Kami juga akan kongsikan beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan semasa hari tersebut.
Apa Itu Hari Sukan Negara
Ia adalah acara tahunan KBS bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya.
HSN2022 juga turut membabitkan kerjasama strategik dengan pihak swasta dan NGO bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia di semua peringkat.
HSN2022 dijangka menarik penyertaan seramai 4.5 juta orang dengan pecahannya seramai 1.3 juta di peringkat kebangsaan, 345,404 di negeri dan lebih dua juta orang di daerah selain Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) seramai 200,000 orang.
Tarikh Hari Sukan Negara
Sambutan (HSN2022) akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari 7 hingga 9 Oktober ini dengan perasmiannya dijadualkan pada 8 Oktober di Putrajaya.
Info lanjut disini
Objektif Hari Sukan Negara
– Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
– Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
– Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
– Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
– Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Contoh Aktiviti Pada Hari Sukan Negara
- Senamrobik
- Basikalthon
- Gerai jualan
- Sukan tradisional
- Sukaneka
- Jamboree pengakap
- Fun ride
- Zumba
- Sukan ekstrim
- Remote control car
- Program santai cergas
- Tarik tali
- Pameran kesihatan
- Sukan indoor
- Pertandingan mewarna
- Demostrasi seni mempertahankan diri
- Explorace
- Kempen derma darah
- Cabutan bertuah
- Saringan kesihatan
Artikel Lain : Jadual Siaran Langsung AFF Suzuki