MFL CHALLENGE CUP 2023(Tarikh Jadual Perlawanan Keputusan & Siaran Langsung)

MFL CHALLENGE CUP 2023(Tarikh Jadual Perlawanan Keputusan & Siaran Langsung)

MFL CHALLENGE CUP

Terkini telah dianjurkan semula MFL Challenge Cup atau dahulunya dikenali sebagai Malaysia Chellenge Cup ini telah diumumkan oleh Malaysian Football League  yang sebelum ini telah dibatalkan ekoran wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh, jadual dan keputusan bagi tahun 2023, semoga membantu.

 

APA ITU MFL CHALLENGE CUP

Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League) juga dikenali sebagai MFL diciptakan semasa penswastaan sistem liga bola sepak Malaysia. Dahulu ia dikenali sebagai Perkongsian Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP). Syarikat ini mengendalikan dan menjalankan enam entiti dalam bola sepak Malaysia di bawah bidang kuasanya, yang merangkumi Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Piala Cabaran Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih. Ia bertujuan untuk mengubah dan menggerakkan bola sepak Malaysia ke hadapan.

 

FORMAT PERTANDINGAN MFL CHALLENGE CUP

Berikut adalah merupakan fomat pertandingan bagi MFL iaitu:

  • Pertandingan ini akan diadakan dengan format kalah mati dimana setiap pasukan akan bermula dengan peringkat suku akhir.
  • Aksi suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak.
  • MFL memaklumkan bahawa penentuan jadual perlawanan bagi kejohanan ini akan ditetapkan secara seeding atau seperti yang diputuskan oleh MFL.
  • Pemenang kejohanan untuk edisi ini atau edisi akan datang mungkin menerima slot dalam Piala Malaysia sekiranya kejohanan ini mencapai objektifnya dan penstrukturan semula kelayakan Piala Malaysia dilakukan.

 

SENARAI PASUKAN BERTANDING

Berikut ialah antara pasukan yang terlibat dalam perlawanan pada kali ini iaitu:

  • Kelantan United
  • Kelantan FC
  • Kuching City FC
  • Kedah Darul Aman FC
  • PDRM FC
  • Kuala Lumpur Rovers
  • Penang FC
  • Harini Selangor FT

 

TARIKH BERLANGSUNG MFL CHALLENGE CUP

Kejohanan ini diadakan serentak dengan Piala Malaysia.  Perlawanan MFL Chellenge Cup akan diadakan pada pertengahan minggu (Selasa, Rabu) manakala,  perlawanan Piala Malaysia pula pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

 

JADUAL PERLAWANAN MFL CHALLENGE CUP

Malaysian Football League (MFL) telahi memaklumkan bahawa penetapan jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2023 dan MFL Chellenge Cup 2023 hanya akan dibuat selepas selesai undian pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC 2023

Ini berikutan tiga kelab Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Terengganu FC bakal bersaing di pentas Asia musim ini. Selepas keputusan undian diketahui, MFL akan dapat menyelaras jadual baki saingan Piala Malaysia, MFL Chellenge Cup serta Liga Super dengan lebih baik bagi memastikan kelancaran pertandingan.

 

CARA BELI TIKET MFL CHALLENGE CUP

Sekiranya anda ingin mendapatkan tiket bagi setiap perlawanan, anda kini boleh membeli secara online menerusi pautan https://www.ticket2u.com.my/

 

SIARAN LANGSUNG MFL CHALLENGE CUP

Anda kini boleh menyaksikan perlawanan MFL Chellenge Cup secara langsung (live) menerusi saluran berikut:

  • Astro Arena 2
  • Sukan RTM
  • TV Okey

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MFL Chellenge Cup 2023, anda boleh melayari portal rasmi Malaysian Football League

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment