ePENAWARAN HLP KPM(Permohonan Syarat & Semakan)

ePENAWARAN HLP KPM(Permohonan Syarat & Semakan)

HLP KPM

Pegawai Perkhidamatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dipelawa membuat permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) ambilan Sesi 2023 pada akhir Disember 2022. Kepada sesiapa yang berkenaan dan berminat untuk mendapatkan hadiah latihan persekutuan ini, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup yang diumumkan.

INFO KPM: Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

 

Apa Itu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM)

Kerajaan menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara.  Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti berikut:

  1. A) Peringkat Sarjana
  2. B) Peringkat Ph.D

 

Kelebihan Program Yang Ditawarkan HLP KPM

Antara kelebihan Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  4. Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  5. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

 

Tarikh Permohonan HLP KPM 2023

Tarikh permohonan HLP KPM 2023 adalah seperti berikut:

  • Permohonan Dibuka: 23 Disember 2022
  • Permohonan Ditutup: 20 Januari 2023
  • Urusan Temuduga: Mac 2023

 

Cara Permohonan HLP KPM

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Tips Permohonan HLP KPM

Berikut adalah merupakan beberapa tips untuk anda membuat permohonan ini iaitu:

  1. Selepas permohonan dibuat pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) anda membuat pengesahan di laman epenawaran. (kelulusan ini penting)
  2. Persediaan penulisan Proposal dengan SMART, pastikan dalam bidang Penyelidikan berkaitan.
  3. Persiapan rapi, Proposal dan Skema Permarkahan Temuduga HLP. Contohnya seperti berikut:
  4. Anda juga boleh mengikut bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS)
  5. Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada sama ada secara temujanji, telefon atau email. Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan.
  6. Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.
  7. Jangan sentiasa pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal.
  8. Sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan

 

Persediaan Temuduga HLPKPM

Semasa anda dipanggil temuduga, pastikan persediaan telah dibuat secara rapi seperti:

  1. Sedia 5 Slides sahaja kerana masa pembentangan tepat 40 minit sahaja
  2. Masa pembentangan 40 minit dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. kepada panel.

 

Tarikh Semakan Keputusan Panggilan Temuduga HLPKPM

Anda boleh membuat semakan keputusan panggilan temuduga mulai 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 3:00 petang.

 

Cara Semakan Keputusan Temuduga HLPKPM

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai (akan dikemaskini kemudian)

 

Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2023

Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2022, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:

  • Cawangan PenawaranBahagian Biasiswa dan PembiayaanKementerian Pendidikan Malaysia
, Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, 
SELANGOR (u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
  • No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
  • 
E-mel : [email protected]
  • Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]

 

ARTIKEL BERKAITAN

6 thoughts on “ePENAWARAN HLP KPM(Permohonan Syarat & Semakan)”

  1. Baru ni ramai lepasan hlp didenda 100k oleh bhgn tajaan, jd calon hlp fikir masak2 klu nk apply, tak seindah yg diwar2kan, malah dikenakan tindakan tatatertib

    Balas
    • Sebab tak UnGOT. Kontrak dah sain. Kena paham apa tanggunggjawab sebagai pelajar postgrade. Jangan buang masa dgn benda yg x berfaedah. Masa ada 2 years atau 3 years.

      Balas

Leave a Comment