Login UiTM Student Portal: Jadual Kelas, Pendaftaran Course & Semakan Result
Jika anda seorang pelajar UiTM, anda tentunya perlu menggunakan login UiTM Student Portal bagi memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.
Daripada proses pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info terkini disiarkan di login UiTM Student Portal ini untuk makluman semua pelajar.
Buat pengetahuan anda, sehingga hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia.
Tidak kira anda pelajar kampus di Selangor, Perak, Kedah, Melaka mahupun Terengganu, semuanya menggunakan sistem login UiTM Student Portal yang sama.
Jadi kalau tak tahu nak bermula di mana, boleh rujuk artikel ini sebagai panduan untuk mendaftar dan cara menggunakan login UiTM Student Portal ini.
Kandungan
Login UiTM Student Portalini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:
1.eAcademic
- Jadual Kelas
- Keputusan Peperiksaan
- Slip Peperiksaan
- Sistem Pendaftaran eCourse
- Permohonan Cuti Khas
- Permohonan Lanjutan Pengajian
- Permohonan Transkrip Akademik
2.iLearn Portal
- iClass
- SuFO
3.FinePortal
- Bayaran bil
4.eHEP
- Insentif Makan
- Zakat
- Stiker Kenderaan
- Saman Lalulintas
- Pelajar NR
- Stiker Elektrik
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
- Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar
Memang banyak kegunaan portal ni kan?
Jadi, setiap pelajar kenalah tahu bagaimana untuk mendaftar supaya dapat memanfaatkan ia sebaiknya.
Di bawah ini dikongsikan cara membuat pendaftaran dan login kali pertama ke portal tersebut.
Cara Daftar & Login UiTM Student Portal
Untuk ke UiTM Student Portal, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
- Pergi ke alamat URL rasmi : https://istudent.uitm.edu.my
- Klik di “Click Here to Recover” untuk login kali pertama
- Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan.
- Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.
- Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM
Aplikasi i-Student Portal
Selain dilayari di laman web, anda juga boleh menggunakan iStudent Apps yang membawakan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.
Ianya boleh dimuat turun melalui Google Playstore di pautan ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent&hl=en
Semua maklumat serta kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi ini.
Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM 2022
Untuk makluman pelajar UiTM, keputusan peperiksaan bagi semester terkini boleh disemak bermula 15 Mac 2022, jam 9 pagi.
Semakan secara atas talian boleh dibuat melalui 3 cara mudah iaitu Portal SaringC19, MyStudent, atau UiTM Student Portal.
Pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan melalui mana-mana aplikasi yang dinyatakan di bawah:
- UiTM Student Portal – https://istudent.uitm.edu.my
- SaringC19 UiTM – https://saringc19.uitm.edu.my
- MyStudent App – https://mystudent.uitm.edu.my
Pelajar boleh mula menyemak keputusan peperiksaan akhir bermula jam 9 pagi, 15 Mac 2022.
Pelajar diingatkan untuk mengisi BORANG DEKLARASI HARIAN dan mengemaskini MAKLUM BALAS COVID-19 di portal SaringC19 UiTM setiap hari untuk mendapat kebenaran bagi mengakses keputusan peperiksaan akhir semester lalu.
Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk membuat semakan, sila log masuk ke eAduan ICT di https://units.uitm.edu.my
Maklumat Lanjut
Jika anda mengalami sebarang masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang laman web ini, anda boleh merujuk kepada sumber berikut :
- Facebook Rasmi UiTM Student Portal
- Laman web rasmi UiTM
- Telefon : +603-5544 2000