I-ONLINE (Check Semak Baki Pinjaman PTPTN Terkini)
Pinjaman pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Kepada anda yang telah membayar pinjaman PTPTN, semestinya ingin membuat semakan baki semasa pinjaman anda. Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah ke kaunter PTPTN lgi hanya semata-mata ingin membuat semakan baki pinjaman kerana anda boleh menyemak secara online menerusi i-Online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan, semoga membantu.
APA ITU I-ONLINE PTPTN
IOnline merupakan satu portal yang diwujudkan oleh PTPTN bagi memudahkan peminjam untuk mengakses ke akaun pinjaman. Penyata Online PTPTN ini akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.
PERKHIDMATAN TERSEDIA I-ONLINE PTPTN
Berikut adalah merupakan perkhdimatan yang tersedia dalam portal ini iaitu:
- Senarai pendaftaran
- Pendaftaran baru (No Pin BSN)
- Daftar permohonan baru online
- Tukar kata lalaun dan alamat email
- Penyata baki
- Penyata baki terperinci
- Perkhidmtan lain
CARA DAFTAR I-ONLINE PTPTN
Kepada anda yang baru menggunakan portal ini seharusnya anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel.
- Untuk mendapat respon yang pantas, anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
CARA SEMAK BAKI PINJAMAN PTPTN ONLINE
Sekiranya anda ingin membuat semakan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web I-Online
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan anda pada ruangan yang tersedia dan klik log masuk
- Setelah berjaya login terdapat dua pautan untuk semakan baki iaitu:
- Penyata Baki
- Memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas
- Penyata Baki Terperinci
- Memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci.
- Penyata Baki
- Anda boleh klik antara kedua pautan berikut untuk melihat paparan penyata baki semasa anda.
- Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang Cetak
TERLUPA KATA LALAUN I-ONLINE PTPTN
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web I-Online
- Pada paparan utama klik pada Terlupa Kata Lalaun
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Kata laluan baru akan dihantar ke email yang telah anda daftarkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan iOnline PTPTN, anda boleh merujuk saluran berikut:
- Rujuk portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
- Hubungi Talian Careline: 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang)
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS WPP PTPTN :CHECK KELAYAKAN & CARA TUNAIKAN RM1500