Jadual Aksi Atlet Malaysia Temasya Sukan Komanwel 2022 (Kedudukan Pingat Terkini)

Jadual Aksi Atlet Malaysia Temasya Sukan Komanwel 2022 (Kedudukan Pingat Terkini)

Sukan Komanwel

Atlet Malaysia akan diuji sekali lagi dalam temasya sukan kedua terbesar di dunia tidak lama lagi. Sukan Komanwel akan menjadi pentas untuk atlet negara kita mempamerkan keupayaan dan kehebatan dalam acara masing-masing.

Kami akan kongsikan jadual aksi atlet Malaysia agar anda tidak terlepas untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Tarikh Temasya Sukan Komanwel 2022

Tarikh baharu temasya Sukan Komanwel 2022, di Birmingham, dilewatkan sehari daripada jadual asal, iaitu bermula pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

Tarikh asal temasya empat tahun sekali itu adalah pada 27 Julai hingga 7 Ogos.

Pengumuman bersama itu dibuat Persekutuan Sukan K0manwel (CGF) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan K0manwel Birmingham 2022, selepas Lembaga Eksekutif CGF meluluskan tarikh baharu berkenaan.

Lokasi Sukan Komanwel 2022

Temasya sukan akan dilangsungkan di Birmingham, England.

Maskot Rasmi Sukan Komanwel 2022

Maskot rasmi Sukan K0manwel Birmingham 2022 yang baru didedahkan, cukup istimewa kerana ia bukan sahaja hasil rekaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, tetapi kerana pencetus ilham itu merupakan anak Malaysia.

Maskot yang dinamakan Perry itu direka oleh Emma Lou dari Bolton, Greater Manchester.

Rekaan itu dipilih menerusi sebuah pertandingan peringkat nasional.

Nama Perry yang dipilih merujuk kepada Perry Barr di Birmingham, di mana Alexander Stadium akan menjadi tuan rumah acara pembukaan dan penutupan.

Perry menepati ciri-ciri maskot yang diinginkan iaitu berwarna-warni, bertenaga serta mewakili komuniti Birmingham moden dan West Midlands.

Senarai Atlet Layak  ke Sukan Komanwel 2022

Kontinjen Malaysia ke Sukan K0manwel Birmingham akan mempunyai seramai 107 orang atlet (69 lelakidan 38 wanita)

Skuad ragbi menjadi pasukan yang mempunyai atlet paling ramai dengan 13 disenaraikan, diikuti terjun (12), badminton (10), boling padang (10), skuasy (10), sukan para (sembilan), ping pong (lapan), angkat berat (tujuh), olahraga (tujuh), berbasikal (enam), renang (empat), tinju (dua), triathlon (dua) dan judo (dua).

Walaupun jumlah kontinjen negara kali ini semakin mengecil namun Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas, jumlah yang sama seperti diraih ketika edisi 2018 di Gold Coast.

Di Gold Coast 2018, Malaysia meraih tujuh emas menerusi sukan angkat berat, terjun, boling padang, gimnastik dan badminton. Lima perak turut berjaya diraih masing-masing menerusi sukan badminton, gimnastik dan angkat berat.

Kontinjen negara juga berjaya meraih 12 gangsa menerusi sukan angkat berat, skuasy, menembak, terjun, gimnastik, olahraga, ping pong dan badminton.

Atlet sukan powerlifting, Bonnie Bunyau dan S Sivasangari (skuasy) dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara di Birmingham.

Jadual Aksi Atlet Malaysia Temasya Sukan Komanwel 2022

Sukan Komanwel

Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut

Kedudukan Pungutan Pingat Atlet Malaysia Temasya Sukan Komanwel 2022

Sukan Komanwel

Sekiranya anda ingin membeli tiket acara tersebut : https://www.birmingham2022.com/tickets

Artikel Lain : Senarai 24 Pasukan Layak Ke Piala Asia 2023

Leave a Comment