Koleksi Jenis Ikatan Tanjak Destar & Tengkolok Di Malaysia

Koleksi Jenis Ikatan Tanjak Destar & Tengkolok Di Malaysia

 Ikatan Tanjak Destar Tengkolok

Masyarakat Melayu amat unik dan mempunyai identiti tersendiri. Pakaian adalah salah satu unsur yang boleh menggambarkan seseorang itu adalah masyarakat Melayu.Pemakaian tengkolok, tanjak atau destar merupakan keunikan pakaian orang Melayu. Kami akan kongsikan beberapa contoh ikatan tanjak destar dan tengkolok.

 

Apa Itu Ikatan Tanjak, Destar dan Tengkolok.

Secara lazimnya ia diperbuat dari sehelai kain dan digubah menjadi sebuah bentuk untuk disarungkan ke atas kepala. Tengkolok lebih sinonim dengan pakaian rasmi raja dan pembesar Melayu pada zaman dahulu dan dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu.

Manakala tanjak pula dipakai oleh golongan kebiasaan dan ia adalah pakaian harian bangsa Melayu pada zaman dahulu untuk kelihatan kemas dan bergaya. Destar pula biasa dipakai oleh buruh, petani, pesawah untuk menutup kepala mereka dari panas terik semasa bekerja.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bpakaian diraja : https://www.istananegara.gov.my/pakaian-istiadat-diraja/

 

Jenis IkatanTanjak Destar Dan Tengkolok

Tengkolok Putera Kayangan

aa

Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum D.Y.M.M. Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu menandatangani pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar diraja yang lain warna natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula menghala ke atas

Tanjak Lembing Laksamana

Ikatan Tanjak Destar Tengkolok

Tebing Laksamana sesuai dengan namanya, adalah pakaian rasmi bagi jawatan Laksamana sejak zaman Empayer Melayu Melaka lagi. Ikatan destar ini berasal dari zaman pemerintah Johor-Riau. Bahagian depan destar mempunyai tiga lipatan berombak yang amat menarik.

Destar Lubang Layar

Ikatan Tanjak Destar Tengkolok

Lubang Layar merupakan destar yang dipakai oleh anak-anak raja atau datuk-datuk di Negeri Johor pada masa dahulu. Bentuk destar ini menirus ke atas dan ia diasaskan daripada solek Mumbang Belah. Di bahagian pucunknya terbentuk dua daun yang trerbuka yang melambangkan kain layar sebuah perahu sedang mengembang.

Tanjak Laksamana Johor-Riau

Ikatan Tanjak Destar Tengkolok

Tanjak ini adalah pakaian Laksamana pada zaman dahulu dan berasaskan kepada destar Belah Mumbang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab di laut, maka songket berwarna biru berbenang perak digunakan. Tanjak ini mempunyai tiga lipatan berombak-ombak pada bahagian hadapan manakala bahagian asasnya terdapat tiga lipatan daun sirih.

Tanjak Sekelongsong Bunga

Ikatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat di-Raja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.

 

Artikel lain : Contoh Pakaian Tradisional Malaysia

Leave a Comment