Contoh Pakaian Tradisional Malaysia (Mengikut Negeri/Suku Kaum)

Contoh Pakaian Tradisional Malaysia (Mengikut Negeri/Suku Kaum)

Pakaian Tradisional Malaysia

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket di Raja yang antik.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini.

Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas malahan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia turut mempunyai pakaian mereka sendiri.Ikuti kupasan selanjutnya mengenai jenis pakaian yang terdapat di Malaysia.

Pakaian Tradisional Malaysia Melayu

melayu

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.

Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut : http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-etnologi-dunia-melayu

Pakaian Tradisional Malaysia Cina

cina

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti yang berkembang di dunia antarabangsa.

Nama “cheongsam”, yang bermaksud sim-ply “pakaian panjang”, memasuki kosa kata Bahasa Inggeris dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di bahagian lain negara termasuk Beijing, bagaimanapun, ini dikenali sebagai “qipao”, yang mengandungi sejarah di belakangnya.

 Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza, mereka boleh memakainya di acara-acara santai atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu mencipta kesan sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak disukai oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing juga.

Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheong sam’. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia

Pakaian Tradisional Malaysia India

india

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

PakaianTradisional Malaysia Kadazan

kadazan

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Pakaian Tradisional Malaysia Rungus

rungus

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

Pakaian Tradisional Malaysia Murut

Pakaian Tradisional Malaysia

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

Pakaian Tradisional Malaysia Bajau

Pakaian Tradisional Malaysia

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

PakaianTradisional Malaysia Iban

Pakaian Tradisional Malaysia

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

 

Artikel Lain : Harga Tiket Borneo Museum

1 thought on “Contoh Pakaian Tradisional Malaysia (Mengikut Negeri/Suku Kaum)”

Leave a Comment