PERMOHONAN IKM KKTM & MJII 2023 ONLINE (Daftar tvetmara.edu.my)

PERMOHONAN IKM KKTM & MJII 2023 ONLINE (Daftar tvetmara.edu.my)

IKM KKTM MJII tvetmara

Kepada individu yang berminat untuk membuat permohonan KKTM MIJI IKM,anda boleh membuat permohonan secara online. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan.

 

APA ITU TVET MARA?

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.

Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). Daripada asalnya dikenali sebagai “sekolah tukang” ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.

Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri. Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.

Berminat nak belajar kursus latihan secara percuma? boleh login e-LaTih PEMERKASA

 

APA ITU KKTM?

KKTM adalah singkatan bagi Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

APA ITU MIJI?

MIJI adalah singkatan bagi MARA Japan Industrial Institute.

APA ITU IKM?

IKM adalah singkatan bagi Institusi Kemahiran MARA.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IKM KKTM MJII TvetMara

Lihat pautan tertera di bawah;

KKTM

http://tvetmara.edu.my/booklet/kktm/index-h5.html#page=1

MIJI

https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kemasukan/mjii

IKM

https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kemasukan/ikm

 

TARIKH PERMOHONAN IKM KKTM MJII TvetMara 2023

PERMOHONAN kemasukan bagi sesi Januari 2023 dibuka bermula pada 3 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022

CARA PERMOHONAN KKTM, MIJI, IKM ONLINE 2023 (TVET MARA)

Pemohon hendaklah memohon secara atas talian:

http://www.tvetmara.edu.my/ atau https://apponline.mara.gov.my/spupim/ anda juga boleh menghubungi KKTM, MJII & IKM yang berdekatan anda.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KKTM, MIJI, IKM ONLINE 2023 (TVET MARA)

  1. Pelajar berjaya akan menerima hebahan melalui ‘blast SMS’ dan semak tawaran di portal http://www.tvetmara.edu.my/
  2. Rujuk dan hubungi Unit Pengambilan Pelajar BKT
  3. Rujuk dan hubungi KKTM, MJII & IKM berdekatan

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TVET MARA

Q:Bilakah permohonan kemasukan ke KKTM, MJII & IKM dibuka?
A:PERMOHONAN kemasukan bagi sesi Januari 2023 dibuka bermula pada 3 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022
Q:Berapa kali pengambilan pelajar dalam setahun?
A:Empat (4) kali setahun iaitu Sesi Januari, Mei, Julai dan Oktober setiap tahun.
Q:Empat (4) kali setahun iaitu Sesi Januari, Mei, Julai dan Oktober setiap tahun.
A:Sepenuh Masa.
Q:Bagaimana ingin memohon program yang ditawarkan secara Sepenuh Masa?
A:Pemohon hendaklah memohon secara atas talian:

http://www.tvetmara.edu.my/ atau boleh menghubungi KKTM, MJII & IKM yang berdekatan anda.

Q:Apakah Syarat Kemasukan yang ditetapkan bagi mengikuti program di peringkat Sijil dan Diploma?
A:Peringkat Sijil

  1. IKM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm 

Peringkat Diploma

  1. KKTM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/kktm
  2. MJII – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/mjii
Q:Apakah syarat kemasukan selain dari lulusan SPM?
A:Peringkat Sijil

  1. IKM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm 

Peringkat Diploma

  1. KKTM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/kktm
  2. MJII – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/mjii
 
Q:Adakah pihak KKTM, MJII & IKM menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar?
A:Kemudahan Asrama disediakan dan tertakluk kepada KKTM, MJII & IKM. Sila klik pautan berikut: https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kehidupan-kampus/fasiliti
Q:Adakah pihak MARA memberi sebarang elaun kepada pelajar?
A:Ya, setiap pelajar akan diberi Elaun sebanyak:

  • Program Sijil RM 250.00 sebulan
  • Program Diploma RM 300.00 sebulan

 

MAKLUMAN LANJUT DAN PERTANYAAN

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TVET MARA, anda boleh hubungi

1 thought on “PERMOHONAN IKM KKTM & MJII 2023 ONLINE (Daftar tvetmara.edu.my)”

Leave a Comment