PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL KV & SEKOLAH TEKNIK SMT

PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL KV & SEKOLAH TEKNIK SMT

KV SMT

Bagi mereka yang mempunyai minat dalam pendidikan yang ditawarkan di KV SMT KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2023, boleh melakukan permohonan kemasukan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan semakan, semoga membantu.

 

APA ITU TVET

Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

 

PROGRAM DITAWARKAN TVET (KOLEJ VOKASIONAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK)

Berikut merupakan program yang ditawarkan bagi aliran kemahiran (TVET):

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
  • Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

 

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2023

Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM). Sebagai peringatan, pelajar yang berminat mesti meneliti syarat kemasukan yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon.

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  4. Calon sihat tubuh badan;
  5. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
  7. Calon bebas daripada masalah mental;  dan
  8. Calon berminat dengan program dipohon

NOTA: Syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa

 

TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT

Berikut adalah merupakan tarikh permohonan:

  • Tarikh buka permohonan 30 September 2022
  • Tarikh tutup permohonan 30 November 2023

Tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui:

  • Semakan pusat pentaksiran: Akan dikemaskini
  • Semakan Tawaran Kemasukan: Akan dikemaskini
  • Rayuan Aliran Perdana: Akan dikemaskini
  • Rayuan Aliran PAV: Akan dikemaskini

 

CARA PERMOHONAN KV DAN SMT

Sekiranya pelajar berminat dan layak, disarankan agar membuat permohonan seperti yang ditetapkan. Permohonan mestilah dibuat mengikut aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 melalui sistem aplikasi permohonan online.

  1. Klik disini Borang Permohonan KV Dan SMT Online 
  2. Sila pastikan semua bertanda * diisi
  3. Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
  4. Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
  5. Sila buat “checking” dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini
  6. Cetak Permohonan untuk simpanan pemohon.
  7. Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan online.

Nota:

  • Jika pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan online, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah.
  • Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan

 

SENARAI KATEGORI ALIRAN MURID

Aliran PAV – Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Aliran Perdana / Akademik / Agama – Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merangkumi 4 komponen iaitu:

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pelajar Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Syarat Umum dan Khusus Program Kolej Vokasional ILKS/ ILKA & Sekolah Menengah Teknik (Teknikal)

 

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KV DAN SMT 2023

Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat

 

BIDANG PENGAJIAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Berikut adalah merupakan antara bindang penggajian KV:

  • Teknologi Elektrik dan Elektronik
  • Hospitaliti
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Mekanikal dan Pembuatan
  • Perniagaan
  • Teknologi Maklumat
  • Seni Reka
  • Perkhidmatan Masyarakat
  • Pertanian
  • Pembuatan dan Pemprosesan
  • Pertanian

 

TEMPOH PENGGAJIAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Berikut adalah merupakan tempoh penggajian KV

  • Pengajian selama 4 tahun (8 semester)
  • Guna sistem semester
  • Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • Tiada SPM tetapi peluang untuk terus bekerja

 

BIDANG PENGGAJIAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

SMT menawarkan bidang seperti berikut:

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Perdagangan
  • Pertanian

 

TEMPOH PENGGAJIAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5

 

PERBEZAAN ANTARA A KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Untuk perbezaan SMT dan KV anda boleh merujuk gambar di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN KOLEJ VOKASIONAL SEKOLAH TEKNIK

Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh hubungi serta layari pautan di bawah:

  • Layari http://bptv.moe.gov.my/ 
  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

 

ARTIKEL LAIN

Permohonan IKM KKTM & MJII  Online (Daftar tvetmara.edu.my)

1 thought on “PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL KV & SEKOLAH TEKNIK SMT”

Leave a Comment