ILJTM(Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC & JMTI)

ILJTM (Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC & JMTI)

ILJTM

Kepada anda pelajar lepasan SPM dan SKM/SKT yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pengajian TVET, kini Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mengalu-alukan permohonan bagi kemasukan Februari 2023 bagi Program TVET di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Disni kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU ILJTM

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama penubuhannya andalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

 

PUSAT PENGGAJIAN Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia terdiri daripada:

  • 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP)
    • Menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma
  • 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    • Menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
  • sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
    • Menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

 

TAWARAN PROGRAM TVET ILJTM

Berikut adalah merupakan ILTJM yang  menawarkan program TVET iaitu:

  • Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

 

KELBIHAN PROGRAM TVET ILJTM

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang anda akan perolehi iaitu:

  • Kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
  • Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM100 bagi program Sijil.
  • Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM300 bagi pelajar OKU.

 

BIDANG DITAWARKAN PROGRAM TVET ILJTM

Berikut adalah merupakan antara bidang penggajian yang ditawarkan iaitu:

  • Kimpalan
  • Pengangkutan
  • Perkhidmatan Kejuruteraan
  • Pembuatan
  • Penyenggaraan Elektrik
  • Elektronik
  • Percetakan
  • Sivil
  • ICT
  • Pengeluaran Produk

 

TARIKH PERMOHONAN ILJTM 2023

Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Februari 2023 mulai 30 Oktober 2022 sehingga 28 November 2022.

 

CARA PERMOHONAN ILJTM

Kepada anda yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan permohonan: http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm.
  2. Pilih sama ada anda Lepasan SPM atau Lepasan SKM/ST.
  3. Sekiranya anda memilih permohonan lepasan SPM, pilh tahun menduduki SPM dan klik butang Seterusnya.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang Seterusnya.
  5. Pilih kursus yang anda ingin dan ikuti proses permohonan sehingga selesai.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia

Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?

  • Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.

Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

  • JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILTJM.

Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?

  • Ya, lepasan pelajar berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILTJM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

Adakah kursus – kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?

  • Kesemua kursus – kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus – kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mnegikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILTJM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai ILJTM, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Tenaga Manusia di pautan https://www.jtm.gov.my/2015v3/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN IKM KKTM & MJII  ONLINE (Daftar tvetmara.edu.my)

Leave a Comment