INSIS YP (Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak)

INSIS YP (Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak)

INSIS YP

Kepada anak-anak Negeri Perak yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara, anda kini boleh memohon Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan serta syarat kelayakn, semoga membantu.

 

APA ITU INSIS YP

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP) yang terdahulunya dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak. Ianya merupakan bantuan permulaan secara ‘one-off’ berdasarkan peringkat pengajian kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

 

TUJUAN INSIS YP

Berikut adalah merupakan tujuan bantuan ini diberikan:

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

 

TARIKH PERMOHONAN INSIS YP

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah 3 bulan daripada tarikh pendaftaran masuk ke IPT.

 

PERMOHONAN INSIS YP DALAM NEGARA

Berikut adalah merupakan panduan permohonan bantuan ini bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara:

Kadar Bantuan Insis Yp Dalam Negara

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

Syarat Permohonan Insis Yp Dalam Negara

  1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
  2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
  3. Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:-
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

 

PERMOHONAN INSIS YAYASAN PERAK LUAR NEGARA

Berikut adalah merupakan panduan permohonan bantuan ini bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara:

Kadar Bantuan Insis Yayasan Perak Luar Negara

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA(KATEGORI A)
1. Afrika Selatan2. Algeria3. Bangladesh4. Ethiopia
5. Filipina6. India7. Indonesia8. Kenya
9. Libya10. Mesir11. Myanmar12. Nigeria
13. Pakistan14. Sri Lanka15. Sudan16. Syria
17. Thailand18. Uganda19. West Indies

 

NEGARA(KATEGORI B)
1. Amerika Syarikat2. Arab Saudi3. Australia4. Austria
5. Belgium6. Brunei7. China8. Denmark
9. Finland10. Greece11. Hong Kong12. Hungary
13. Iceland14. Iran15. Iraq16. Itali
17. Jerman18. Jepun19. Jordan20. Kanada
21. Korea Selatan22. Kuwait23. Luxembourg24. Maghribi
25. Malta26. Netherlands27. New Zealand28. Norway
29. Perancis30. Poland31. Portugal32. Republik Czech
33. Republik Ireland34. Russia35. Sepanyol36. Singapura
37. Sweden38. Switzerland39. Taiwan40. Turki
41. Ukraine42. United Kingdom

Syarat Permohonan Insis Yp Luar Negara

  1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.
  2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.
  4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

 

 CARA SEMAKAN IPT DIIKTIRAF MQA

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

 

DOKUMEN DIPERLUKAN (INSIS YAYASAN PERAK DALAM DAN LUAR NEGARA)

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).
  2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).
  4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)
  5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).
  6. Borang Permohonan:
    • Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
    • Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  7. Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.

 

CARA PERMOHONAN INSIS YP DALAM DAN LUAR NEGARA

Berikut adalah merupakan cara permohonan secara online iaitu:

  1. Layari pautan permohonan Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak 
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat
  3. Setelah lengkap, semak kembali maklumat anda dan klik Hantar Permohonan
  4. Hantar dokumen yang diperlukan ke Yayasan Perak di alamat:
    • Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh.

NOTA: Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.

 

CARA SEMAKAN STATUS INSIS YP DALAM DAN LUAR NEGARA

Anda boleh menyemak status permohonan di laman web Yayasan Perak www.yayasanperak.gov.my dan klik pada pautan “Semakan Status Permohonan” dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai  Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak, anda boleh merujuk website rasmi Yayasan Perak atau hubungi di talian 05-255 2929.

 

ARTIKEL LAIN

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK:CARA MOHON & SEMAKAN PERMOHONAN

 

Leave a Comment