CONTOH UCAPAN HARI KRISMAS NATAL DI MALAYSIA (Caption & Status)

CONTOH UCAPAN HARI KRISMAS NATAL DI MALAYSIA (Caption & Status)

CONTOH UCAPAN HARI KRISMAS

Tidak lama lagi akan menjelang Hari Krismas yang akan disambut oleh penganut agama Kristian. Semestinya anda akan mencari teks ucapan samaada untuk update pada media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp, line dan sebagainya.

Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh ucapan hari Krismas dan anda hanya perlu copy dan paste sahaja pada status anda, semoga membantu.

 

APA ITU HARI KRISMAS

Hari Krismas atau Hari Natal ialah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian disambut setiap tahun memperingati kelahiran Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa dilakukan Adam yakni “dosa asal”.

 

TARIKH PERAYAAN HARI KRISMAS

  • Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan banyak aliran dan mazhab gereja setiap 25 Disember.
  • Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain termasuk aliran tertentu di negara Mesir, Habsyah , Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan pengikutan sistem takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregorius).

 

ADAT PERAYAAN HARI KRISMAS

  • Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Yesus (Anunciation).
  • Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

 

SENARAI KATA UCAPAN HARI KRISMAS BAHASA MELAYU

Berikut adalah merupakan kata ucapan yang biasa digunakan bagi ucapan hari Krismas iaitu:

  1. Selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.
  2. Selamat Hari Krismas kepada semua sahabat dan rakan taulan yang meraikannya.
  3. Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian yang meraikannya. Semoga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia ini dapat terus kita jaga dan nikmati bersama.
  4. Selamat menyambut hari krismas buat kawan-kawan dan saudara yang menyambutnya. Moga ceria berkumpul bersama keluarga.
  5. Saya mengucapkan Selamat Hari Krismas. Marilah kita sama-sama terus menunjukkan rasa hormat, persefahaman dan perasaan sayang di kalangan kita, rakyat Malaysia.
  6. Selamat menyambut hari krismas dan selamat menyambut tahun baru 2022
  7. Saya berharap anda akan memperoleh kebahagiaan dan kebaikan pada tahun ini kerana anda layak mendapat yang terbaik. “Selamat Hari Krismas dari kami sekeluarga kepada seluruh keluarga anda”.
  8. Sambutan hari natal adalah sambutan yang paling sejati apabila kita meraikannya dengan memberikan cahaya kasih sayang kepada mereka yang amat memerlukan.
  9. Semoga musim perayaan ini akan terus menyinari kehidupan kita, semoga semua impian kita akan menjadi kenyataan dan semoga anda mendapat kebahagiaan yang berkekalan. Selamat Hari Natal!
  10. Semoga cahaya pada Hari Natal ini akan terus menerangi kita dan menjadi cahaya pada keluarga. Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru!

 

SENARAI KATA UCAPAN HARI KRISMAS BAHASA INGGERIS

Berikut adalah merupakan kata ucapan hari Krismas dalam bahasa inggeris iaitu:

  1. Ho Ho Ho Merry Christmas. Time to deck the halls and break out the matching sweaters. Wishing you all the holiday fun with your family. Much love!
  2. Wishing all my Christian friends a very ‘Selamat Hari Krismas’. May it bring you joy, happiness and everything else you deserve.
  3. Merry Christmas. May this season of love warm your home. May this brigten your roads with hope. Merry Chrismas to you and your dear folks.
  4. Wishing you and your family peace, health, happiness and prosperity in the coming year. Merry Christmas
  5. With all good, wishes for Christmas and the new year.
  6. Best friends are to a friendship like Christmas is to the other celebrations: always on top. Have a merry one.
  7. Christmas is a special time to enjoy with all your loved ones, spreading divinity and cheer around, Merry Christmas and a happy new year!
  8. During this festive season of giving, let us take time to slow down and enjoy the simple things. May this wonderful time of the year touch your heart in a special way. Wishing you much happiness not just today, but throughout the New Year.
  9. Christmas is really a time for families to unite. It is a time to share all the laughter and cheers. Without you, this family will not be called a family. You complete our lives. Merry Christmas . . . !!!
  10. Wish you a Merry Christmas and may this festival bring abundant joy and happiness in your life!

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH UCAPAN TAHNIAH CONGRATULATION (Caption & Status)

Leave a Comment