Jadual Tarikh Bayaran Duit Pencen 2022 (Pesara Kerajaan)
Penjawat awam yang telah bersara akan menerima pencen setiap bulan. Jadual Tarikh bayaran duit pencen bulanan adalah sangat penting bagi mana-mana pesara kerajaan Malaysia selepas tamat perkhidmatan dalam sektor awam.
Jadual tersebut dapat memberikan kesedaran dan peringatan tentang tarikh duit pencen kepada setiap pesara kerajaan bagi melakukan pengurusan pembelanjaan dengan lebih baik selepas berpencen.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh bayaran pencen bulanan pesara kerajaan mahupun pesara tentera bagi setiap tahun baharu akan diumumkan dan dimaklumkan melalui surat pekeliling mengenai tarikh pembayaran pencen bulanan kepada semua pesara mengikut Kementerian dan Jabatan bagi memastikan penyediaan bayaran pencen kepada pesara dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.
JADUAL TARIKH BAYARAN DUIT PENCEN PESARA KERAJAAN TAHUN 2022
Beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.
Berikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2022 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.
Artikel Lain: Kad Pesara (Senarai Kemudahan)
JADUAL TARIKH BAYARAN DUIT PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2022
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
JANUARI | 20.01.2022 | KHAMIS | |
FEBRUARI | 22.02.2022 | SELASA | Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu) |
MAC | 22.03.2022 | SELASA | |
APRIL | 21.04.2022 | KHAMIS | |
MEI | 23.05.2022 | ISNIN | Hari Raya Puasa 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) |
JUN | 21.06.2022 | SELASA | Hari Gawai 01 & 02 Jun 2022 (Rabu & Khamis) |
JULAI | 21.07.2022 | KHAMIS | Hari Raya Haji 10 Julai & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin) |
OGOS | 22.08.2022 | ISNIN | |
SEPTEMBER | 20.09.2022 | SELASA | |
OKTOBER | 13.10.2022 | KHAMIS | Hari Deepavali 24 Oktober 2022 (Isnin) |
NOVEMBER | 2211.2022 | SELASA | |
DISEMBER | 15.12.2022 | KHAMIS | Hari Kri smas 25 Disember 2022 (Ahad) |
Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.
Cara Semak Penyata Pencen
Pesara kerajaan boleh membuat semakan penyata pencen anda di pautan ini : https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
APA ITU KWAP
KWAP adalah dana persaraan perkhidmatan awam terbesar di Malaysia dengan jumlah saiz dana sebanyak RM140.8 bilion*, ini menjadikan ia salah satu daripada pelabur utama negara ini. Diperbadankan pada tahun 2007, KWAP menguruskan portfolio pelaburan, caruman majikan dan pengurusan pencen
Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:
- Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
- Memproses bayaran faedah persaraan yang merang kumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
- Memproses penyelarasan pencen;
- Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
- Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
- Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
- Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
- JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my
Semoga perkongsian jadual bayaran duit pencen 2022 ini memberikan manfaat kepada anda semua.