Jadual Perlumbaan Formula 1 (F1) Tahun 2023 (Lokasi & Tarikh)
Peminat lumba kereta jangan lepaskan peluang anda untuk menonton siaran lansung perlumbaan Formula 1. Tahun 2023 menampilkan aksi yang lebih pantas dan mengujakan daripada barisan pelumba yang hebat-hebat dan jentera lumba yang padu-padu.
Buat pertama kali Las Vegas menjadi destinasi baharu menjelang perlumbaan musim depan dan Amerika Syarikat kini mempunyai tiga perlumbaan selepas Miami memulakan debut penganjuran pada musim ini.
Grand Prix (GP) China kini kembali berada dalam kalender 2023 selepas kali terakhir menganjurkannya pada musim 2019 sebelum ditangguhkan gara-gara pandemik Covid-19 menyerang dunia. GP Perancis pula telah dibatalkan penyertaan pada musim depan.
Presiden F1, Stefano Domenicali mengakui berbangga selepas perlumbaan 2023 hadir dengan perlumbaan terpanjang dalam sejarah penganjuran meskipun sebelum ini membatalkan Grand Prix (GP) Rusia.
“Formula 1 sentiasa mendapat tawaran untuk menganjurkan perlumbaan dan adalah penting bagi mendapatkan keseimbangan untuk keseluruhan sukan.
Jadual Perlumbaan F1 Tahun 2023
Berikut merupakan senarai jadual 24 perlumbaan Formula 1 dalam kalendar 2023.
Unyuk maklumat lanjut boleh klik pautan ini : https://www.formula1.com/
- 5 Mac – Bahrain Grand Prix, Sakhir
- 19 Mac – Saudi Arabian Grand Prix, Jeddah
- 2 April – Australian Grand Prix, Albert Park
- 16 April – Chinese Grand Prix, Shanghai
- 30 April – Azerbaijan Grand Prix, Baku
- 7 Mei – Miami Grand Prix, Miami
- 21 Mei – Emilia Romagna Grand Prix, Imola
- 28 Mei – Monaco Grand Prix, Monte Carlo
- 4 Jun – Spanish Grand Prix, Barcelona
- 18 Jun – Canadian Grand Prix, Montreal
- 2 Julai – Austrian Grand Prix, Spielberg
- 9 Julai – British Grand Prix, Silverstone
- 23 Julai – Hungarian Grand Prix, Hungaroring
- 30 Julai – Belgian Grand Prix, Spa-Francorchamps
- 27 Ogos – Dutch Grand Prix, Zandvoort
- 3 September – Italian Grand Prix, Monza
- 17 September – Singapore Grand Prix, Marina Bay
- 24 September – Japanese Grand Prix, Suzuka
- 8 Oktober – Qatar Grand Prix, Losail
- 22 Oktober – United States Grand Prix, Austin
- 29 Oktober – Mexico City Grand Prix, Mexico City
- 5 November – Sao Paulo Grand Prix, Interlagos
- 18 November – Las Vegas Grand Prix, Las Vegas
- 26 November – Abu Dhabi Grand Prix, Yas Marina
Semoga perkongsian tentang jadual perlumbaan Formula 1 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain : Jadual & Tarikh SPM 2022