Senarai Jenis Ikatan & Simpulan (Fungsi & Gambar)

 Senarai Jenis Ikatan & Simpulan (Fungsi & Gambar)

Jenis Ikatan Simpulan

Aktiviti perkhemahan adalah salah satu sesi pembelajaran luar bilik darjah yang dijalankan oleh semua sekolah. Setiap badan beruniform akan menyertai perkhemahan di peringkat sekolah mahupun di daerah dan peringkat lebih tinggi.

Pelbagai kemahiran yang diterapkan dalam aktiviti perkhemahan. Antara kemahiran utama adalah membuat pelbagai jenis ikatan dan simpulan. Kami akan membantu menyediakan panduan ringkas berkenaan kemahiran tersebut.

Apa Itu Jenis Ikatan dan Simpulan

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.

Contoh Jenis Ikatan dan Simpulan

Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah :

a)        Ikatan Buku Sila / Reef Knot

b)       Ikatan Bunga Geti / Common Bend

c)        Simpulan Tindih Kasih / Bowline

d)       Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch

e)       Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot

f)        Simpulan Angka 8 / Figure of 8

Jenis tali yang sesuai digunakan : https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2021/07/BAB_6_TALI-1.pdf

 

TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN FUNGSINYA

IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Jenis Ikatan Simpulan

Fungsinya ialah:

  • Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
  • Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik

  1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
  2. Masukkan hujung A dibawah B.
  3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

IKATAN BUNGA GETI

Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

Jenis Ikatan Simpulan

Fungsi

  • Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
  • Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik

  1. Mulakan simpul.
  2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
  3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

i3

Fungsi

  • Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
  • Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik

  1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
  2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
  3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

 

IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

i4

Fungsi

  • Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
  • Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
  • Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

Teknik

  1. Mulakan simpul pada kayu.
  2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
  3. Tarik hujung tali.

 

IKATAN PENGAIL

i5

Fungsi

  • Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
  • Ikatan ini kuat dan kukuh.
  • Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik

  1. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
  2. Lakukan 2 lingkaran tali.
  3. Pada hujung tali itu boleh diikat.

 

SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8

i6

Fungsi

  • Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
  • Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal
  • Lebih berguna kerana mudah dibuka.

Artikel Lain : Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan Sekolah

2 thoughts on “Senarai Jenis Ikatan & Simpulan (Fungsi & Gambar)”

Leave a Comment