Jersi Harimau Malaya (Harga RM299 & Nak Beli Macam Mana)

Jersi Harimau Malaya (Harga RM299 & Nak Beli Macam Mana)

jersi harimau malaya

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya tampil memperkenalkan jersi terbaharu edisi 2022-2024 daripada Nike yang bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’ iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.

Kami akan kongsikan harga terkini dan lokasi pembelian jersi tersebut.

Apa Itu Jersi Harimau Malaya

Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.

Maklumat lanjut berkenaan : https://www.fam.org.my/news/siaran-media-pengumuman-penggunaan-%E2%80%98harimau-malaysia%E2%80%99-sebagai-nama-gelaran-rasmi-baharu-skuad

Pengenalan Jersi Harimau Malaya

Jersi ini bakal dipakai oleh para pemain bermula saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan berlangsung pada bulan Disember depan.

Peminat juga mungkin akan menyaksikan jersi ini dipakai untuk kali pertama pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja pada 9 Disember.

Nike kali ini memperkenalkan warna kuning sebagai warna utama untuk jersi ‘HOME’ berserta warna hitam pada bahagian leher. Namun, terdapat perbezaan dari segi corak pada jersi ‘Players Issue’ dan ‘Replica’.

Jersi ‘Replica’ yang tiada sebarang corak dipakai oleh para penyokong dan difahamkan berharga RM299.00 sehelai.

Manakala jersi away tampil dengan warna hitam sepenuhnya dan Nike menggunakan pendekatan ‘raglan’ pada rekaan jersi tersebut.

Malah, ia turut diserikan dengan corak khas seperti yang terdapat pada jersi skuad kebangsaan Arab Saudi bagi menghadapi temasya Piala Dunia 2022.

Jersi penjaga gol pula berwarna hijau tanpa sebarang corak dan turut mempunyai jersi kedua berwarna biru muda.

Lokasi Jualan Jersi Harimau Malaya

Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut mulai hari ini, 17 November 2022 secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara dalam talian di www.nike.com/my dan Nike App.

Ia disusuli penjualan secara menyeluruh di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic seluruh negara serta di www.al-ikhsan.com bermula minggu depan iaitu pada Khamis, 24 November 2022.

Artikel Lain : Piala AFF 2022

Leave a Comment