SEMAK CALON MENANG PRU-14 & 15 PARLIMEN ADUN (Bilangan Majoriti)

SEMAK CALON MENANG PRU-14 & 15 PARLIMEN ADUN (Bilangan Majoriti)

SEMAK CALON & KEPUTUSAN PRU

Setiap 5 tahun, Malaysia akan mengadakan pilihanraya bagi menentukan ketua pentadbir negara dan negeri untuk pentadbiran yang lebih lancar dan cekap.

Seperti yang diketahui, pada 10 Oktober 2022 telah diumumkan pembubaran Parlimen ke-14. Seharusnya anda akan semak calon yang akan menang PRU nanti. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan dan mengetahui bilangan majaroti, semoga membantu

 

APA ITU PILIHANRAYA

Pilihanraya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

 

KAEDAH DAN SISTEM PILIHANRAYA

Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

PARTI BERTANDING PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-15

Pakatan harapan, PAS, Perikatan Nasional PN dan juga Barisan nasional BN yang mempertaruhkan calon di parlimen masing-masing dengan harapan siapa yang berjaya mengumpul kerusi parlimen terbanyak akan menerajui kerajaan malaysia kelak, terpaksa tunduk dengan tuntutan rakyat Malaysia.

Pemerhati parti politik melihatkan pertarungan sengit di antara calon Pakatan Harapan dengan barisan Nasional lebih sengit serta Perikatakan Nasional PN berdasarkan keputusan pru 15

Tiada siapa yang dapatkan ramalkan siapa yang bakal menang. Pertembungan di antara Gerakan Tanah Air GTA, Perikatan Nasional PN, Barisan Nasional BN, Gagasan Rakyat Sabah GRS, Gagasan Parti Sarawak GPS, Pakatan Harapan PH akan menentukan bertembung dalam keputusan pilihanraya 2022 kali ini.

 

CARA  SEMAK CALON PRU

Kepada anda yang membuat semakan tentang calon PRU, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau buka aplikasi MySPR SEMAK
  2. Pada paparan utama, klik pada Semakan Calon Pilihan Raya
  3. Seterusnya klik pada semakan yang anda ingin dibuat samaada:
    • Pilihan Raya Umum
    • Pilihan Raya Umum Dun
    • Pilihan Raya Kecil
  4. Kemudian pilih kawasan anda.

NOTA: semakan calon PRU ke-15 boleh dibuat selepas penamaan calon nanti pada 05 November 2022

 

CARA SEMAK KEPUTUSAN PRU

Kepada anda yang membuat semakan tentang keputusan PRU, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau buka aplikasi MySPR SEMAK
  2. Pada paparan utama, klik pada Semakan Keputusan Pilihan Raya
  3. Seterusnya klik pada semakan yang anda ingin dibuat samaada:
    • Pilihan Raya Umum
    • Pilihan Raya Umum Dun
    • Pilihan Raya Kecil
  4. Kemudian pilih kawasan anda.

NOTA: Semakan keputusan bagi PRU ke-15 akan boleh disemak selepas tamat pilihan raya pada 19 November 2022

 

Keputusan PRU 15 2022

PARTI

KERUSI BERTANDING

MENANG (TIDAK RASMI)

PH

220

82

BN

178

30

PN

171

73

PEJUANG

125

BEBAS

108

2

WARISAN

52

3

GPS

31

22

PRM

16

GRS

13

6

PSB

10

KDM

7

PBM

5

1

PBDS

3

PBRS

1

PPRS

1

PBK

1

PUR

1

PSM

1

SEDAR

1

 

CONTOH SEMAK CALON & KEPUTUSAN PRU

Berikut adalah merupakan contoh membuat semakan calon dan keputusan:

  1. Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau buka aplikasi MySPR sEMAK
  2. Pada paparan utama, klik pada Semakan Calon Pilihan Raya atau Semakan Keputusan Pilihan Raya
  3. Seterusnya klik pada semakan yang anda ingin dibuat samaada:
    • Pilihan Raya Umum
    • Pilihan Raya Umum Dun
    • Pilihan Raya Kecil
  4. Sebagai contoh klik pada Pilihan Raya Umum, kemudian pilih pada PRU yang anda inginkan samada:
    • PRU KE-15 (2022)
    • PRU KE-14 (2018)
    • PRU KE-13 (2013)
    • PRU KE-12 (2008)
  5. Sebagai contoh klik pada PRU KE-14 dan pilih negeri anda
  6. Kemudia pilih bahagian pilihanaraya samada:
    • Parlimen
    • Dun
  7. Kemudian pilih daerah anda
  8. Nama calon dan keputusan akan tertera.

 

ARTIKEL LAIN

KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2022: Tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke-15

Leave a Comment