SENARAI UCAPAN PANTUN SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM (PRU-15)

SENARAI UCAPAN PANTUN SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM (PRU-15)

UCAPAN PANTUN PILIHAN RAYA

Sempena kempem Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU Ke-15) sepanjang tempoh 5 November hingga 19 November 2022, semestinya anda akan mencari pantun yang bersesuaian untuk dijadikan dalam ucapan anda kepada kenalan atau kongsikan di media sosial seperti di facebook, twitter, instagram atau twitter, atau sebagainya. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai ucapan pantun sempena Pilihan Raya, semoga membantu.

 

APA ITU PANTUN

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa dituturi dan dikarang serantau Nusantara di Asia Tenggara, terutamanya bahasa Melayu. Ia paling ringkas dan asasnya terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat baris.

 

CIRI-CIRI PANTUN

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat ialah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

 

SENARAI UCAPAN PANTUN PILIHAN RAYA

Berikut adalah merupakan senarai pantun yang anda boleh gunakan iaitu:

Kalau berani menghunus keris,

Hunuslah keris kepada musuh,

Jangan hanya bermuka manis,

Tanpa bekerja bersungguh-sungguh,

Kalau hendak memilih cincin,

Pilihlah cincin yang muat dijari,

Kalau hendak memilih pemimpin,

Pilihlah pemimpin bermaruah diri.

Merah bunganya memikat hati,

Mari suntingkan untuk puteri,

Menang kalah bersatulah nanti,

Jangan pentingkan diri sendiri.

Dari Muar ke Johor Bharu,

Tidak lagi bersinggah-singgah,

Kalau anda mahu yang baharu,

Pastikan pemimpin tidak rasuah.

Menuai padi di kepala batas,

Jangan lupa tanjak di sawah,

Bila sudah ada di atas,

Jangan lupa kami di bawah.

Tiup belon selang ketawa,

Baca cerpen sambil tergelak,

Semua calon tunjuk wibawa,

Bila berkempen jagalah akhlak.

Tak kira menang atau kalah,

Ayoh kawan, rakan dan jiran,

Ke peti undi kita merubah,

Nasib cucu masa hadapan.

Jika ingin memilih cincin ,

Carilah yangg muat pakai dijari ,

Jika ingin memilih pemimpin,

Pilihlah pemimpin yang berintegriti

Selamat datang kami ucapkan,

Kepada tetamu yang sudi datang,

Bukan selalu kehadiran kalian,

Ingatlah kami apabila menang

Banyak terbang si burung camar,

Di pokok ara singgah menanti,

Banyak calon datang melabar,

Akan kupilih yang berintegriti.

Hulu Selangor dataran permai,

Ramai tokoh pandai berpantun,

Datanglah mengundi beramai-ramai,

Ikut adat bersopan santun

Ceramah politik di sana sini,

Rakyat mendengar dengan teliti,

Janji manifesto yang dulu dan kini,

Rakyat menilai dari bukti.

Bertanding pulak parti bebas,

Menegak prinsip ikhlas dan amanah,

Duit rakyat jangan dikebas,

Berjuang membasmi amalan rasuah

Berani kita kerana benar,

Usah leka jangan terlena,

Lama benar menanti sinar,

PRU15 kita bina semula negara

Pulas-pulas pucuk ubi,

Orang sebelah tidak menyapa,

19 November hari mengundi,

Kalah menang itu adatnya.

Nasi lemak harum berhalia,

Nikmat memakan tergigit lidah,

Berkempen dengan pekerti mulia,

Biar selari dengan aqidah.

Derma dikumpul ke dalam peti,

Peti menghempap kepala buaya,

Mari kita bersatu hati,

Melangkah menuju Putrajaya

Bunga Raya bunga Kebangsaan,

Warnanya merah memikat hati,

Di pilihan raya kita berlawan,

Menang kalah bersatulah nanti.

Tanam tebu di pinggir bibir,

Bibir lebar seluas melaka,

Kalau menang sudah ditakdir,

Rajin rajin nampakkan muka

Tua dan muda tak kira usia,

Dengar ceramah cerita agenda,

Selamat mengundi rakyat Malaysia,

Masa depan negara pilihan anda.

 

ARTIKEL LAIN 

Cara Pangkah Undi (Tutorial Pengundi Kali Pertama)

Leave a Comment