MUET On Demand (MoD) Cara Daftar  & Semakan Keputusan

MUET On Demand (MoD) Cara Daftar  & Semakan Keputusan

MUET On Demand

 

Perhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. pendaftaran MUET On Demand

Pengenalan MUET on Demand

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Adakah MUET Wajib Diambil?

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Yuran Ujian Dan Bayaran Muet

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Daftar Ujian MUET on Demand (MoD) 2023 Online 

Akan dikemaskini untuk tahun 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pendaftaran MUET On Demand (MoD) 2022 termasuk jadual MUET On Demand:

Cara Pendaftaran Ujian MUET On Demand 2023 Online

Akan dikemaskini untuk tahun 2023

1. Pendaftaran MUET On Demand (MoD) boleh dibuat secara online melalui pautan seperti berikut:

KLIK 👉 http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register

2. Pilih samada Computer Based Test (CBT) atau Paper Based Test (PBT).

3. Pilih tarikh dan sesi pendaftaran, maklumat diri beserta cara pembayaran secara online payment atau credit card.

MUET on DEMAND (MoD) Ogos 2023

Akan dikemaskini untuk tahun 2023

Mulai MoD bulan Ogos 2022, MPM menawarkan kertas 800/2 Speaking secara dalam talian.

Calon yang berminat untuk menduduki kertas 800/2 Speaking secara dalam talian boleh memilih semasa proses pendaftaran di pautan berikut: http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register

Sila rujuk spesifikasi dan video ilustrasi yang disediakan di pautan yang berikut: https://www.mpm.edu.my/mod/guide-for-muet-speaking-online-test

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected] atau hubungi 03-6126 1634 / 1745

 

Tarikh Peperiksaan MUET On Demand 2023

Akan dikemaskini untuk tahun 2023

 

MUET On Demand

 

Semakan Keputusan MuetOn Demand (MoD) 2023

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2023

Untuk makluman, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2023 boleh disemak mulai 10 Januari 2024, jam 10.00 pagi.

Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/

B. Pemarkahan untuk Semua Band:

Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5
 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4 – Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3
 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2 
– Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1
 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Terdapat sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

C. Persediaan Anda:

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.

2. Permakahan untuk setiap aspek.

3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.

4. Persediaan dari segi grammar atau tatabahasa.

5. Persediaan dari segi vocabulary atau kosa kata.

6. Persediaan dari segi perbualan.

Penggunaan bahasa yang lemah. Tidak mampu mengeluarkan pendapat dalam bahasa ini dan penggunaan tatabahasa yang lemah.

Tempoh Sah Laku

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran MUET Online

Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran MUET online dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

atau

hubungi talian 0361261600 untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Artikel lain : Contoh Soalan Jawapan Muet

3 thoughts on “MUET On Demand (MoD) Cara Daftar  & Semakan Keputusan”

Leave a Comment