KEMASKINI UPUONLINE (Cara Update Bagi Lepasan STPM)
Perhatian kepada para pemohon lepasan STPM 2021 boleh mengemaskini pilihan program pengajian.
Kami akan membantu memberikan panduan ringkas berkenaan cara kemaskini tersebut.
Tarikh Kemaskini UPUOnline
Bermula 22 Ogos 2022 Jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Ogos 2022 jam 5.00 petang.
Tujuan Kemaskini UPUOnline
Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.
Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.
Cara Kemaskini UPUOnline
- Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
- Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.
Fasa Pengemaskinian UPUOnline Sesi Akademik 2022/2023 SPM
Calon yang telah membuat permohonan pada 4 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022 boleh membuat pengemaskinian pada 1 Jun hingga 28 Jun 2022.
Tempoh Kemaskini UPUOnline 2022/2023
Tempoh pengemaskinian dibuka dari 1 hingga 28 Jun 2022
Apakah Maksud Fasa Pengemaskinian UPUOnline?
Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.
Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Cara Kemaskini UPUOnline:
- Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/[ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki
- seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
- Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.
Maklumat Penting Sebelum Kemaskini!
Maklumat penting untuk lepasan SPM 2020 apabila mendapat keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021, Fasa Pengemaskinian hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan diumumkan.
Maka, anda boleh login semula ke UPUOnline dan lakukan pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini.
Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.
Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.
Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.
Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.
Bagaimanakah cara nak buat Semakan Keputusan UPU 2021 Online Kemasukan Ke UA/ IPTA?
Soalan-soalan Lazim:
1. | Q | Bila boleh kemaskini (update) UPUOnline? |
A | Bermula 15 Jun 2021 | |
2. | Q | Bagaimana bentuk pilihan Program Pengajian? |
A | Calon boleh memilih semua pilihan program kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Kemaskini tiada lagi pilihan program pengajian temu duga | |
3. | Q | Adakah dokumen atau kemaskini (update) UPUOnline boleh dimuatnaik (download)? |
A | Tidak | |
4. | Q | Berapa lama tempoh setuju penerimaan tawaran UPUONLINE? |
A | 10 hari sahaja | |
5. | Q | Berapa lama tempoh rayuan UPUOnline? |
A | 10 hari sahaja | |
6. | Q | Sesi pendaftaran pelajar baharu UPUONLINE bila? |
A | Ogos 2021 |
Maklumat Lanjut:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTAJabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : [email protected]